Monday, July 18, 2011

Hari Ini..

Hari ini terasa sangat berbeza,

Bangunnya aku pagi ini hujan turun membasahi bumi seperti air mata membasahi pipi,

Hati terasa sunyi hingga bunyi hujan menghempas bumi terasa seperti butiran kapas yang jatuh,

Aku hanya duduk sambil memenung,

Tanpa kusedar air mata aku mengalir selari bersama titisan hujan,

Oh tuhan, mengapa ini berlaku ? Apa makna semua ini Tuhan ?

 Ia sangat indah. 

Walaupon Engkau pinjamkanya hanya sekejap padaku, namun kesannya terpahat dalam ingatan ini.

Adakah semua salah aku kerana aku memilih untuk mngenalinya ?

Rindu memeluk diriku. Ibarat malam yang datang meliputi langit siang yang indah.

Semakin aku cuba melawannya, semakin erat ia memeluk diriku.

Hari ini sangat berbeza. - Fiz Fazil






No comments:

Post a Comment