Sunday, November 27, 2011

Salam Maal Hijrah 1433

Maka berlalu sudah setahun. Lembaran baru dihamparkan. Skrip baru ditaip. Layar dibentang. Buku dibuka. Benih disemai.

Masa berlalu begitu pantas. Tanpa sedar ia berlalu pergi. Pergi tanpa beritahu. Pandangan beralih makin jauh kehadapan. Banyak duri dan kaca perlu aku pijak. Berdarah, luka, sakit aku perlu tempuhi. Moga masa depan akan jadi lebih baik dan yang itu lalu menjadi guru. 

Erti hidup makin diketahui. Manusia sekeliling makin aku kenali. Sifat diri aku sudah selami. Insyallah, diharapkan tahun yang baru bersama azam baru mengorak langkah menjadikan diri ini insan. Bukan lagi manusia yang hidup merempat di muka bumi milik tuhan ini.

 Kewajipan harus terlaksana dengan hati terbuka. Tanggungjawab harus dipukul dengan amanah.

 Salam Maal Hijrah... 




Friday, November 25, 2011

Dua Jalan

Mendung.. hujan seperti mahu turun. Langit gelap. Awan hitam. Angin deras mnghempas muka. Suasana suram mengelilingi. Perjalanan masih jauh ke hadapan. 

Kaki mengorak langkah demi langkah langit yang gelap tidak dihiraukan. Tiba di suatu persimpangan. Kanan atau kiri. Keduanya tidak berpapan tanda. Keduanya tidak pernah dilalui. Mana arah tuju keduanya tidak diketahui. Suara berbisik di kiri telinga, ' ambil lah yang kiri..'. Hati juga berkata, ' yang kanan itu lebih baik..'. Keliru ? Manakah yang terbaik ?

 Sejauh mana mata mampu memandang ditelitinya setiap laluan itu. Tidak pula tidak ia memberi gambaran destinasi penghujungnya. Berdiri di situ  kaku tidak bergerak. Tangan menggengam  berfikir mana satu pilihan yang mahu. 

Masa berlalu. Pergi tanpa meninggalkan kesan. Umpama daun kering yang jatuh di atas pasir yang putih. Ia reput. Ia ilang. Tidak pula ia tinggalkan sisa. Hanya putih pasir yang dilihat. 

Langit yang gelap bertukar ganas. Pancaran kilat menyambar. Bunyi guruh umpama memberi petanda masa makin suntuk. Berdiri di situ tanpa pilihan. Mata terpejam memohon keyakinan. Kata hati sentiasa diikuti. Keliru, resah dan gundah masih menyelubungi.

Batu Feringghi, Pulau Pinang

Friday, November 18, 2011

Aku juga manusia..
Sama seperti kau dan kau dan dia dan dia dan mereka..
Aku bukan superhero seperti itu dan itu dan ini...
Juga aku bukan malaikat yang ada di sana dan di sana dan di situ...

Aku juga manusia..
Tidak boleh tidak aku menjanjikan untuk selesaikan semua masalah kau..
Hanya bersama kau aku berdiri bersama selesaikan permainan hidup kau yang menjadi teka teki itu..
Agar kau lebih tabah dan kau lebih kuat bersua bersamanya...
Aku berdiri disisi dan bahu aku untuk kau pabila kau mahu menangis sedih..

Aku juga manusia...
Lihatlah sekeliling kau...
Ribuan bintang sentiasa bersama kau pabila malam yang suram datang menyelimuti diri..
Kau dihadiahi sang bulan yang memberi sinar menenggelamkan cahaya sang bintang yang beribu itu..
Namun, sesunguhnya hanya satu sang bintang yang akan merealisasikan impian kau walau bintang itu jauh dan cahayanya malap..

Aku juga manusia..
Semua kelemahan dan kekurangan kau paparkan padaku..
Segala keburukan kau aku tontoni..
Carik pada kain kau aku yang nampak..
Sungguhpon begitu, kau tetap permata yang termahal bagiku..



Pantai Kuala Perlis.






Tolong Jadi Budak Besar!

Matang ? Grown up ? Macam mana yang dikatakan seseorang tu sudah matang ? Dari ciri - ciri Fizikal ? cara bercakap ? atau dari cara dia menyelesaikan sesuatu ? Entahlah, aku sendiri pon tak paham dan masih mencari apakah ciri-ciri sebenar seseorang yang matang itu. *malas nk google. aku lebih suka mencari jawapan dengan sendiri dari perspektif yang berbeza.

Adakalanya seseorang itu sudah merasakan dia sangat matang. Mungkin kehidupannya yang sempurna, pencapaiannya dalam sesuatu perkara atau cara hidupnya telah membuatkan dia merasakan dirinya itu matang. Tak salah pon nak rasa diri tu matang. Malah mungkin itu lebih baik kerana dengan itu dia mampu motivasikan dirinya untuk menjadi seorang yang mampu berfikir dengan lebih rasional dan bijak.

Cuma ada sesetengah individu yang merasakan mereka itu sudah matang dan memandang orang - orang disekeliling mereka masih kanak- kanak. Come on la! Takkan la sebab mamat tu suka wat lawak bodo dia dicop sebagai tak matang. Kehidupan ini perlukan sesuatu yang kelakar. Adakalanya kita perlu untuk menjadi seperti budak- budak untuk menghiburkan suasana atau seseorang. Rasanya menghargai usahanya itu untuk menceriakan suasana adalah lebih mulia dari hanya bercakap buruk atau memandang serong. 

So hargai lah setiap saat atau peristiwa yang berlaku disekeliling anda. Kerana masa tidak boleh berputar semula. Setiap saat yang dilalui sebenarnya amat berharga walau tidak berbuat apa - apa. Saat yang berlalu pergi umpama minyak yang dibakar. Tiada boleh untuk jadikanya minyak semula kecuali asap dan debu yang tiada satu pon berguna. 


Rindu gaya rambut ni. 

Monday, November 14, 2011

FAIL!!! AGAIN!!!

Salam semua. Menjadi seorang pelajar itu sememangnya penuh dengan cabaran. Ketabahan hati sangat diperlukan. Ye lah, kita sedang berjihad ke jalan Allah.
 Isnin sudah muncul kembali. Ya, bermula la sesi kuliah aku selepas seminggu bercuti 'Mid Sem'. Malas rasanya mahu bangun dari katil aku yang sudah hampir lunyai. Kenapa lunyai ? xperlu lah tahu itu.
Seperti biasa, hari Isnin aku perlu berpakaian formal. Kemeja hitam berseluar slack aku kenakan untuk hari ini. just nice~
Pagi ni ada test. Lab test AIS 510. Hurm... seperti biasa aku menjawab seperti aku tahu semuanya walau aku tidak yakin dengan jawapan yang aku berikan. Biarlah... aku memang begitu. Sentiasa mahu menilai tahap kepandaian yang ada pada diri. Syukur, selesai sudah test aku untuk hari ini. Berharap keputusan yang akan aku dapat baik - baik aja.

Kelas terakhir untuk hari ni. MAF 620. Pagi yang mendung dan cuaca yang sejuk membuatkan mata aku sangat berat untuk dibuka. Mulut sentiasa menguap dan air mata membasahi kelopaknya. Sungguh aku tidak tahu apa yang diberitahu oleh Sir David. Hanya mahu masa berputar pantas lantas aku boleh pulang kerumah untuk rehat. Sebelum beredar, Sir telah memberi semula jawapan TEST yang telah dijawab seminggu yang lalu. Kelihatan rakan - rakan sekeliling sungguh teruja dan tidak kurang ada yang sungguh gementar. Almaklum la, nk tahu result. 
Selepas beberapa nama dipanggil, terdengat suara Sir David menyebut nama aku. Ya.. dia menyebutnya, Lalu aku menyahut. Terpandang muka beliau merenung tajam ke mata ku. Aku seperti manusa yang tidak punyai perasaan. Dengan selamba aku meyambut helaian kertas yang diberikan kepada aku. Terlihat markah yang dicatat di muka depan helain kertas itu, tertulis disitu, ' FAIL'.

YES! I FAILED!! AGAIN I FAILED!
Hanya itu yang mampu aku sebut dalam hati aku. Helain itu diselak dari satu muka ke satu muka. Melihat kembali jawapan yang telah aku tuliskan pada masa lalu. Walau aku kelihatan seperti biasa, namun jauh dalam hati aku terselit rasa kecewa kerana aku yakin aku akan lulus dengan baik ujian ini. Aku telan sahaja perasaan kecewa itu. ' ala.. test 1.. ramai je yang fail.. leks la.. ' aku cuba untuk menenangkan hati. Lalu aku tersenyum dan berkata, ' Mari usaha lebih lagi ' . Itu sememangnya sifat aku. TAK pernah kenal erti kekalahan. Syukurlah. Mungkin kerana peristiwa lalu telah mengajar aku supaya lebih tabah dan tidak putus asa. Insyallah, aku akan berusaha lagi. Tiada yang mustahil dalam hidup aku. 

Ini lah helaian kertas test itu

Marilah, jam sudah pon menunjukkan tepat pukul 2.39 petang. Banyak perkara harus diselesaikan. Hujan lebat membantutkan hasrat. Nampaknya terpaksa juga aku redahi hujan dan petir ini. Arau menanti dengan penuh kesayuan..

Sunday, November 13, 2011

Shisha Syahdu

Salam.. pernah dengar ? cuba ? lihat ? Apakah itu shisha ? alaa... tak kan la tak tahu kot.. salu kita tgk dari kaca mata televisyen orang - orang arab selalunya akan hisap sejenis alat seakan - akan rokok paip. Cuma saiznya lebih besar la. 


BEBERAPA mengatakan ia berasal dari Turki lebih 500 tahun yang lalu manakala yang lain mendakwa ia datang dari Syria dan India.

Dalam konteks hari ini, Shisha merujuk kepada tembakau berperisa yang digunakan dalam proses tidak menggunakan paip, juga dikenali sebagai'gelembung Hubble' dan 'narghile'.

Tembakau direndam di dalam tatal buah-buahan seperti epal, anggur dan strawberi.

Paip terdiri daripada asas, paip, mangkuk, dan hos atau mokrofon.



Tembakau diletakkan di dalam mangkuk, yang di atas struktur paip.

Sebuah kerajang aluminium meliputi mangkuk dan kepingan arang kecil akan ditempatkan di atas kerajang, yang tercucuk menggunakan pin untuk perlahan-lahan haba tembakau.

Apabila salai menggunakan hos, licin, wap yang berbau manis ditapis melalui asas yang mengandungi air.



Adakah Shisha merbahaya?

Walaupun banyak boleh berhujah bahawa tidak Shisha tidak berbahaya, pakar-pakar perubatan mengatakan selainnya.
Kuala Lumpur Jabatan Kesihatan timbalan ketua Dr Sellehudin-Abu Bakar berkata Shisha tembakau yang dicampurkan dengan sirap pekat dan perisa buah-buahandan produk tembakau dalam apa jua bentuk mengandungi nikotin.

Beliau berkata semua produk tembakau sama-sama berbahaya kerana ia mengandungi lebih daripada 3,500 bahan kimia yang mana 200 adalah toksik dan 43 adalah karsinogenik.

"Ia adalah sukar untuk membandingkan produk yang lebih berbahaya.

"Ia bergantung kepada beberapa faktor seperti kekerapan penggunaan,bagaimana dalam penyedutan atau jika bahan-bahan lain ditambah selain tembakau itu sendiri," kata Dr Sellehudin.

Beliau menambah bahawa Shisha juga membawa kepada ketagihan kerana ia mengandungi nikotin daripada asap rokok.





"Shisha tidak boleh membawa kepada ketagihan fizikal dan juga boleh membuat pergantungan psikologi dan biasa kepada pengguna.

"Penapis air adalah gimik. Kebanyakan bahan kimia yang toksik dan nikotin tidak larut air. Oleh itu, mereka melalui penapis dan dihidu oleh perokok, walaupun bahan-bahan perengsa yang lain, yang larut air, akan dapat ditapis. "

Sementara itu Reuters melaporkan minggu lepas bahawa Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah mengumumkan bahawa satu sesi Shisha tidak menghasilkan pengambilan nikotin lebih daripada satu pak rokok.

Ia juga melaporkan bahawa asap Shisha tertangguh semua karsinogen asap rokok sambil menambah lebih banyak karbon monoksida dan satu set yang berasingan karsinogen dari penggunaan arang batu yang membakar untuk terus nikotin yang mengalir, ditambah pula dengan risiko jangkitan batuk kering atau hepatitis darimouthpieces dikongsi .



so.. itu la sedikit info pasal shisha nih. Aku sendiri pon dah try. Nak kata kenyang, memang tak la. HAHA. Cuma seronok layan shisha ni time bosan sambil-sambil borak dengan kawan - kawan. Shisah kat tempat aku ni ada macam - macam perisa contohnya, epal, anggur, oren, mint dan kalau nk campur pon boleh. Memang layan abis. hehe.. So aku xgalakkan la kepada sesapa yang rasa shisha ni tak baik untuk kesihatan. Memang pon!! KKM pon dah cakap kan kat atas td tu. hehe.. Tapi apa ada hal!! layan je la.. syiOk maa.. asap kepul- kepul tu yang best tu. Ditambah pulak dengan bau wangi buah dia. hehe.. TERANGKAT!!



P/S : sebenarnya aku baru balik dari pekena shisha.. aku sedang pening ketika menulis. ..@@. wuwu~ 



ni video aku amik masa layan shisha dengan kawan-kawan. Sorry.. gelap! huu~

Saturday, November 12, 2011

Oh hujan..

Sudah masuk bulan November. November bulan yang penuh dengan kejutan. Bulan yang sentiasa menjadi mimpi ngeri bagi penduduk di utara semenanjung. 2010, di mana banjir besar berlaku di utara tanah air. Hujan tanpa henti selama beberapa hari sudah cukup bagi memenuhi kekosongan tali air mahupun sungai-sungai di negeri tercinta ini. Sungguh perit rasanya apabila malapetaka seperti ini berlaku. Bekalan elektrik terputus. Jalan perhubungan seperti jalan raya juga terputus. Sumber makanan menjadi terhad. Rumah - rumah kediaman ditenggelami air merosakkan segala isi didalamnya. Suasana sayu dan sedih dapat dirasa tatkala aku mengikuti konvoi bantuan mangsa bnjir bersama Mantan Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Shahidan Bin Kassim.

Peristiwa yang aku ceritakan ini mungkin sudah berlaku setahun yang lalu. Namun, rentetan peristiwa  yang aku alami masih segar dalam benak fikiran. 
Seperti biasa, setiap kali berlaku nya bencana akan ada pihak yang sentiasa memberikan bantuan kepada yang memelukan. Bantuan seperti makanan dan pakaian menjadi barangan utama yang amat diperlukan oleh mangsa - mangsa banjir. Teringat waktu ketika itu, aku bersama seorang sahabat sedang duduk dibelakang sebuah pacuan empat roda yang sarat dengan bantuan beras. Jalan - jalan yang ditenggelami air diredah demi membantu mangsa banjir. Kelihatan di kawasan kampung - kampung yang berada dikawasan yang lebih rendah terjejas dengan teruk. Hampir keseluruhan rumah mereka tenggelam dan hanya dapat diihat atap zink yang asalnya menjadi  bumbung rumah tapi kini sudah tenggelam.


Malapetaka ini telah berlanjutan lebih dari tiga hari. Kehidupan pada masa ini tersangat lah sukar. Hanya tuhan yang mengetahui. Tangan sentiasa ditadah supaya segala urusan dipermudahkn.
Kini sudah setahun berlalu.. November kembali lagi. Hujan lebat pada malam ini telah membangkitkan aku dari lena yang nyenyak. tingkap diintai untuk melihat betapa lebatnya hujan. Terdetik dihati, 
'hujan lebat ni.. alamatnya banjir la plak..'
Dengan hati yang risau, mata dipejam supaya ini hanya sementara. Butiran air hujan yang jatuh menghempas bumi jelas kedengaran dari dua telinga aku. Doa dipanjatkan agar musibah lalu tidak berulang. Semoga tahun ini tiada lagi musibah. Insyallah.. :)


:)


Wednesday, November 09, 2011

Hanya 3 Bulan

salam...

Dah 3 bulan rasanya aku tinggalkan blog ni. Entahlah, terasa malas sekali mahu menaip sesuatu. Nak jadi blogger la konon. huh!

3 bulan...


 Sekejap rasanya. Tanpa aku sedar ia berlalu pergi sebegitu. Meninggalkan aku bersama harapan semalam. Hari ini juga berlalu pergi dan esok menanti dengan pelbagai cabaran dan dugaan yang pernah atau belum pernah aku hadapi.

3 bulan..

Sepanjang perjalanan hidup aku selama 3 bulan itu, pelbagai kisah dan jalan cerita kehidupan aku dicoretkan. Arus perubahan dalam diri semakin ketara. Seorang yang sangat penyabar berubah menjadi seorang yang sangat pemarah. Seorang yang ceria menjadi seorang yang bengis. Apakah yang telah berlaku ?  


3 bulan..

Dalam masa 3 purnama ini aku dikhianati. Hilang segala kepercayaan terhadap manusia yang mentafsirkan diri mereka sebagai sahabat sehidup dan semati. Kekecewaan dan kesal memeluk diri. Persoalan dan jawapan dirungkai dan diperhalusi agar kekurangan diri dapat dibaiki. Namun semua itu hanya untuk persediaan di masa hadapan. Peristiwa ini mengajar aku mengenal apa itu sahabat, apa itu kawan, dan apa itu ' brothers'. Syukur dipanjatkan kerana masih ada yang setia bersama.

3 bulan..

3 bulan ini telah mengajar aku erti kesabaran. Hidup yang dipenuhi cercaan dah hina yang datang tanpa sebab yang boleh diterima akal. Betapa tajamnya lidah manusia yang mampu melawan tajamnya mata pedang. Kepedihan hati harus ditelan supaya hidup ini mampu diteruskan dengan langkah yang lebih bermaya. 

3bulan..

Bermacam cerita aku tonton, rasa dan alami. Indah, manis, pahit pelengakp jalan cerita hidup aku. Syukur, kerana ini adalah proses pembelajaran supaya di masa hadapan akan menjadi lebih bersedia dan lebih baik. Setiap insan itu perlu berubah. walau tak mampu berubah menjadi baik, berubah lah sekadar lebih baik dari semalam. Itu sudah cukup  sebagai permulaan untuk menjadi insan.



Perjalanan masih jauh. Masih banyak halangan menanti di hadapan. Walau apa pon yang berlaku, aku akan tetap terus ke hadapan.