Friday, November 18, 2011

Aku juga manusia..
Sama seperti kau dan kau dan dia dan dia dan mereka..
Aku bukan superhero seperti itu dan itu dan ini...
Juga aku bukan malaikat yang ada di sana dan di sana dan di situ...

Aku juga manusia..
Tidak boleh tidak aku menjanjikan untuk selesaikan semua masalah kau..
Hanya bersama kau aku berdiri bersama selesaikan permainan hidup kau yang menjadi teka teki itu..
Agar kau lebih tabah dan kau lebih kuat bersua bersamanya...
Aku berdiri disisi dan bahu aku untuk kau pabila kau mahu menangis sedih..

Aku juga manusia...
Lihatlah sekeliling kau...
Ribuan bintang sentiasa bersama kau pabila malam yang suram datang menyelimuti diri..
Kau dihadiahi sang bulan yang memberi sinar menenggelamkan cahaya sang bintang yang beribu itu..
Namun, sesunguhnya hanya satu sang bintang yang akan merealisasikan impian kau walau bintang itu jauh dan cahayanya malap..

Aku juga manusia..
Semua kelemahan dan kekurangan kau paparkan padaku..
Segala keburukan kau aku tontoni..
Carik pada kain kau aku yang nampak..
Sungguhpon begitu, kau tetap permata yang termahal bagiku..



Pantai Kuala Perlis.






3 comments:

  1. wow. ayat. nk copy paste masuk novel ley x?
    (^_^)

    ReplyDelete
  2. "Setiap jiwa yang dilahirkan telah tertanam dengan benih untuk mencapai keunggulan hidup.Tetapi benih itu tidak akan tumbuh seandainya tidak dibajai dengan keberanian"

    "Jadilah seperti pohon kayu yang lebat buahnya, tumbuh di tepi jalan. Dilempar orang dengan batu tetapi dibalas dengan buah"

    "Manusia tidak dapat mengubah rupa bentuk mukanya, tetapi jika dia mahu, dia boleh mempercantikkan budinya"

    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    Story terbaru blog kami...
    Convert Enjin Daihatsu YRV

    ReplyDelete