Friday, November 25, 2011

Dua Jalan

Mendung.. hujan seperti mahu turun. Langit gelap. Awan hitam. Angin deras mnghempas muka. Suasana suram mengelilingi. Perjalanan masih jauh ke hadapan. 

Kaki mengorak langkah demi langkah langit yang gelap tidak dihiraukan. Tiba di suatu persimpangan. Kanan atau kiri. Keduanya tidak berpapan tanda. Keduanya tidak pernah dilalui. Mana arah tuju keduanya tidak diketahui. Suara berbisik di kiri telinga, ' ambil lah yang kiri..'. Hati juga berkata, ' yang kanan itu lebih baik..'. Keliru ? Manakah yang terbaik ?

 Sejauh mana mata mampu memandang ditelitinya setiap laluan itu. Tidak pula tidak ia memberi gambaran destinasi penghujungnya. Berdiri di situ  kaku tidak bergerak. Tangan menggengam  berfikir mana satu pilihan yang mahu. 

Masa berlalu. Pergi tanpa meninggalkan kesan. Umpama daun kering yang jatuh di atas pasir yang putih. Ia reput. Ia ilang. Tidak pula ia tinggalkan sisa. Hanya putih pasir yang dilihat. 

Langit yang gelap bertukar ganas. Pancaran kilat menyambar. Bunyi guruh umpama memberi petanda masa makin suntuk. Berdiri di situ tanpa pilihan. Mata terpejam memohon keyakinan. Kata hati sentiasa diikuti. Keliru, resah dan gundah masih menyelubungi.

Batu Feringghi, Pulau Pinang

2 comments:

  1. Langit tak selalu cerah. Awan pula tak selalu mendung.

    Selepas malam, pasti datangnya siang. Selepas ujian, pastinya adanya nikmat menanti. Selepas musibah, insyaAllah turunlah rahmat.
    Begitulah diri ku.

    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    Story terbaru blog kami...
    Convert Enjin Daihatsu YRV

    ReplyDelete