Wednesday, November 09, 2011

Hanya 3 Bulan

salam...

Dah 3 bulan rasanya aku tinggalkan blog ni. Entahlah, terasa malas sekali mahu menaip sesuatu. Nak jadi blogger la konon. huh!

3 bulan...


 Sekejap rasanya. Tanpa aku sedar ia berlalu pergi sebegitu. Meninggalkan aku bersama harapan semalam. Hari ini juga berlalu pergi dan esok menanti dengan pelbagai cabaran dan dugaan yang pernah atau belum pernah aku hadapi.

3 bulan..

Sepanjang perjalanan hidup aku selama 3 bulan itu, pelbagai kisah dan jalan cerita kehidupan aku dicoretkan. Arus perubahan dalam diri semakin ketara. Seorang yang sangat penyabar berubah menjadi seorang yang sangat pemarah. Seorang yang ceria menjadi seorang yang bengis. Apakah yang telah berlaku ?  


3 bulan..

Dalam masa 3 purnama ini aku dikhianati. Hilang segala kepercayaan terhadap manusia yang mentafsirkan diri mereka sebagai sahabat sehidup dan semati. Kekecewaan dan kesal memeluk diri. Persoalan dan jawapan dirungkai dan diperhalusi agar kekurangan diri dapat dibaiki. Namun semua itu hanya untuk persediaan di masa hadapan. Peristiwa ini mengajar aku mengenal apa itu sahabat, apa itu kawan, dan apa itu ' brothers'. Syukur dipanjatkan kerana masih ada yang setia bersama.

3 bulan..

3 bulan ini telah mengajar aku erti kesabaran. Hidup yang dipenuhi cercaan dah hina yang datang tanpa sebab yang boleh diterima akal. Betapa tajamnya lidah manusia yang mampu melawan tajamnya mata pedang. Kepedihan hati harus ditelan supaya hidup ini mampu diteruskan dengan langkah yang lebih bermaya. 

3bulan..

Bermacam cerita aku tonton, rasa dan alami. Indah, manis, pahit pelengakp jalan cerita hidup aku. Syukur, kerana ini adalah proses pembelajaran supaya di masa hadapan akan menjadi lebih bersedia dan lebih baik. Setiap insan itu perlu berubah. walau tak mampu berubah menjadi baik, berubah lah sekadar lebih baik dari semalam. Itu sudah cukup  sebagai permulaan untuk menjadi insan.



Perjalanan masih jauh. Masih banyak halangan menanti di hadapan. Walau apa pon yang berlaku, aku akan tetap terus ke hadapan. 


1 comment:

  1. jgnlah kita terlalu mempercayai org terlalu mudah.

    " jika kau menyayangi seseorang. jgnlah percaya kpdnya sepenuh hati. simpanlah sedikit rasa curiga terhadapnya, agar kau tidak kecewa bila ditinggalkn nnti "

    ReplyDelete