Saturday, December 24, 2011

Secebis Lagi Kehidupan

Biar redha... 


Biar pasrah.. 


Biar terima.. 

Biar dirayu jangan kau hilang.. 

Biar aku dengar walau tak mampu aku rasa..


Biar aku nampak walau tak mampu aku sentuh.. 


Biar aku sayang walau tak mampu kau aku cinta..

Biar doa dikirim bersama.. 


Biar harapan disimpan bersama..

Semoga selamat semuanya... 

Semoga berbahagia hendaknya..


Friday, December 23, 2011

Alam Hujan

Suatu petang yang mendung. Aku terduduk termenung di pintu memerhati sang hujan menghempas bumi. Bau acid memenuhi rongga bau. Setitik demi setitik. Makin lama makin deras. Makin lebat. Angin sejuk memukul pipi. Wah, betapa selesanya waktu di kala hujan turun. 


Hujan lebat mula membasahkan tanah. Terlihat sang lipan berlari mencari pelindungan. Laju dan secara rawak pergerakanya itu. Terlihat si daun kuning. Duduk terpaku di situ. Sang lipan berhenti. Setiap sudutt diperiksa. Setiap celah dimasukinya. Berehat sang lipan dibawah daun itu. Menunggu hujan berhenti barang kali.



Alunan suara katak semakin jelas. Semakin ramai. Seperti orkestra yang tiada ketua. Dari pelbagai sudut dan arah suara mereka kedengaran. Tiada pula nampak siapa ia. Suara mereka seperti berdoa. Berdoa syukur di atas rahmat sang hujan. Membawa rezki dan menolak bala. 


Terlihat si pokok seperti sujud ke bumi. Basah hujan membasahi daun yang menghijau. Rendahnya diri sang pokok walau ia besar dan tinggi. Yakin si pokok bahawa Tuhan pencipta itu lebih berkuasa. 


Suara hujan semakin perlahan. Titisan air semakin sedikit. Penglihatan semakin jauh. Sang angin semakin menghilang umpama waktu yang berlalu. Berhenti sudah hujan. Sunyi, sepi dan sejuk suasana. Namun ia masih indah bagi aku.

Tuesday, December 13, 2011

Jangan Kau Curi Hati Ku


Sesungguhnya, 
pabila bercakap pasal bercinta janganlah kamu mencintai seseorang yang bukan lagi secara sah menjadi hak milik kamu.


Sesungguhnya, 
hati manusia itu tidak boleh kamu duga dan tidak boleh kamu jangka. Hati itu mampu berubah diluar kawalan kita.


Sesungguhnya, 
adalah lebih baik jika kamu menyanyangi seseorang itu secara bersederahana..


Sesunguhnya,
cinta sesama manusia itu tidak kekal. Boleh diibaratkan seperti seutas tali yang reput. Hanya menunggu masa dan ketika untuk putus.

Ingatlah wahai sahabat..
hanya pesanku kepada sahabat - sahabat yang sedang hangat bercinta...



*Entry kali ni aku repost balik dari status aku kt facebook kerana mendapat sambutan yang hangat dari pengguna facebook. =)



Sungai Sedim.. Helmat ini telah mengingatkan aku pada seseorang. =)

Ya... Aku penakut

Tak semua kau rancang akan berlaku
Mungkin nasib tak menyebelahi aku
Entah mengapa engkau yang aku cinta
Mungkin lebih baik kau ku lepas saja

Ini tidak adil tidak adil baginya
Ini tidak adil tidak adil bagiku
Ini tidak adil
Untuk engkau bertanya jika ku mencintaimu juga
Tidak adil tidak adil baginya

Kau tak pernah cuba memahami aku
Cinta kau ucap tak pernah engkau tunjuk
Dan bila tiba saat ku kehilangan
Beban yang tak pernah kau cuba ringankan


Ini tidak adil tidak adil baginya
Ini tidak adil tidak adil bagiku
Ini tidak adil
Untuk engkau bertanya jika aku mencintaimu juga
Kau bukan milikku


Dan aku memang penakut
Mengakui cinta kepadamu
Seribu kali ku cuba ucapkan
Bila bersamamu
Kau bukan milikku
Dan engkau pun tahu
Kau bukan milikku
- Penakut by Yuna


:)

Saturday, December 10, 2011

Oh Dia

Kemana aku pergi ada Dia,
Kemana aku pergi hanya mahu bertemu Dia,

Segala yang aku lihat adalah Dia,
Segala yang aku dengar adalah Dia,

Bayangan yang mengejar aku adalah Dia,
Suara yang berbisik dalam telinga aku adalah Dia,
Mimpi yang membuai aku adalah Dia,

Aku sudah tahu situasi aku dan Dia,
Aku terlalu obses akan Dia,
Aku terlalu hanyut dalam fantasi aku dan Dia,

Ya, memang yang teristimewa itu adalah Dia,
Ya, memang saat indah bila aku bersama Dia,
Ya, tidak makna tidak aku akan lupakan Dia,

Adakalanya, sebahagian hidup aku adalah Dia,
Adakalanya, pelengkap hidup ini adalah Dia,
Adakalanya, naluri aku selari bersama Dia,

Jodoh itu jodoh. Sudah tetap. Tiada yang dapat mengubahnya. Berharap dan berdoa kerahan yang mampu. Redha dan pasrah tindakan yang mulia. Oh Dia....