Friday, December 23, 2011

Alam Hujan

Suatu petang yang mendung. Aku terduduk termenung di pintu memerhati sang hujan menghempas bumi. Bau acid memenuhi rongga bau. Setitik demi setitik. Makin lama makin deras. Makin lebat. Angin sejuk memukul pipi. Wah, betapa selesanya waktu di kala hujan turun. 


Hujan lebat mula membasahkan tanah. Terlihat sang lipan berlari mencari pelindungan. Laju dan secara rawak pergerakanya itu. Terlihat si daun kuning. Duduk terpaku di situ. Sang lipan berhenti. Setiap sudutt diperiksa. Setiap celah dimasukinya. Berehat sang lipan dibawah daun itu. Menunggu hujan berhenti barang kali.



Alunan suara katak semakin jelas. Semakin ramai. Seperti orkestra yang tiada ketua. Dari pelbagai sudut dan arah suara mereka kedengaran. Tiada pula nampak siapa ia. Suara mereka seperti berdoa. Berdoa syukur di atas rahmat sang hujan. Membawa rezki dan menolak bala. 


Terlihat si pokok seperti sujud ke bumi. Basah hujan membasahi daun yang menghijau. Rendahnya diri sang pokok walau ia besar dan tinggi. Yakin si pokok bahawa Tuhan pencipta itu lebih berkuasa. 


Suara hujan semakin perlahan. Titisan air semakin sedikit. Penglihatan semakin jauh. Sang angin semakin menghilang umpama waktu yang berlalu. Berhenti sudah hujan. Sunyi, sepi dan sejuk suasana. Namun ia masih indah bagi aku.

2 comments:

  1. wow. ayat yg cukup gramatis, penuh makna tersirat. ada gaya bahasa yang tersendiri. menyentuh kalbu takkala membaca bait2 yg memuji ciptaan Maha Kuasa.

    ReplyDelete
  2. muahaha! mna de.. bese2 jer ni.. :)
    tengs by the way!

    ReplyDelete