Tuesday, January 31, 2012

Tiada Aku Berniat

Kegusaran dan kerisauan mula memenuhi ruang jiwa aku. Aku merasakan sesuatu yang tidak perlu berlaku dari terus berlaku. Pilihan harus dibuat. Aku buntu. Apa yang perlu aku lakukan ? Apa yang sebaiknya untuk aku pilih untuk bertindak. 


Dilemma dilemma dan terus dihimpit dilemma.

Aku masih sayangkan yang di sana. Walau yang di sana adalah hak milik yang lain. Aku juga sayang kan yang itu. Yang itu sentiasa kagumi dan sayangi aku. Sentiasa meletakkan aku menjadi perkara utama dalam hidupnya. Semua yang dia lakukan akan ada aku bersama. Dia berubah demi aku. Menjadi seorang yang baik demi aku.

Aku.. dan aku dan aku..

 Masih begini dan terus begini. Masih angau, mengharapkan kasih dan sayang dari yang itu. Walau adakalanya aku pasti tiada akan berlaku seperti itu. Namun aku setia menunggu dan memberi harapan. Apalah nasib aku ini. Yang menunggu aku tinggalkan, yang aku tunggu aku kejar ke sana dan ke mari.
Tiada petunjuk yang dapat aku guna untuk membantu. Hanya kata hati dan naluri aku turuti
Malam ini aku telah hancurkan hatinya. Sungguh aku tidak berniat untuk begitu. Aku hanya tidak mahu yang itu kecewa dan kecewa terus kecewa. Adalah lebih baik aku berkata benar dan bercerita tulus. Aku kagum. Sungguh aku bertindak kejam, yang itu hanya menerima ia dengan baik. Tiada juga marah. Tiada juga kebencian yang itu lemparkan kepada aku. Semua disembunyikan. Sedangkan aku tahu hakikat sebenar hati seorang insan yang hanyut menyintai. Aku cuba memperbaiki keadaan. Cuba untuk mengetahui isi hati sebenar yang itu. Namun masih rapat yang itu sembunyikan dibelakang hijab. Tiada juga mampu aku selak. Rasa bersalah terus disimbah. Adakah aku bertindak betul ? Mengapakah aku melakukan sedemikian ? Sampai bila aku harus begini ? Berapa banyak hati akan aku guris lagi ?  

Aku buntu.. buntu dan masih buntu...

Manakah jalan itu. Bawalah aku pergi. Pergi ke suatu tempat yang dapat aku tenangkan diri dan rasional kan diri aku ini. Maafkan aku. Maafkan aku. Maafkan aku. Aku tak mampu untuk buka hati aku lagi. Pintu nya masih aku tutup rapat. Terkunci baik di situ. Kunci nya pula ada pada yang sana. Sampai bila kah kunci ini akan bertahan ? Aku sendiri tidak pasti. Dan selagi ia berkunci, semakin banyak hati akan aku hancurkan...



Saturday, January 28, 2012

Semut, panjatlah aku...

Tanpa duga. Aku datang. Datang dekat pada kamu. Sudah berniat untuk dekat. Supaya aku dapat jaga kamu. Seperti yang aku selalu lakukan walau jarak yang memisahkan. Waktu, jarak, dan keringat yang menentukan titik noktah perjalanan ini. Jauh. Sungguh jauh jarak ini memisahkan. Peluang ini tidak datang berkali. Walau aku tahu banyak duri dan kaca akan aku pijak untuk dekat dengan kamu.  Aku pejamkan mata tebalkan telinga. Semua itu tiada satu pon mampu mengubah pendirian aku.

Ya, masa dan jarak sekali lagi berlumba bersama. Aku menunggu. Menunggu masa itu. Bila kau sudah bebas. Bebas seperti sang merpati putih yang dilepaskan dari sangkar besi.  Hanya ini tujuan aku merantau jauh. Tiada yang lain. Aku mahu melihat, mendengar dan merasa semuanya tentang kamu. Sudah lama aku tunggu. Sudah berkali aku meronta. Sudah berpurnama aku mengira. Ini lah saat dan ketika.

Seperti pungguk meratapi sang bulan. Seperti si helang menyengguk di laut. Malam di kota yang tiada pernah sunyi. Malam di kota yang penuh dengan warna kehidupan. Kiri dan kanan aku yang asing. Kerisauan memeluk diri. Lantas kau aku talikan bersama gelombang. Tekejut, Terdiam tiada percaya. Menunggu aku di situ. Seperti si ibu menunggu si Tanggang. Penuh harapan. Penuh cita-cita. Penuh dengan kasih sayang.

Jantung laju berdegup. Gementar, sedih rindu hadir bersama. Perasaan tidak mahu kehilangan semakin membuak. Lalu pipi kamu aku sentuh. Menangis dalam hati aku bila melihat kamu begitu. Cuba aku menipu supaya tiada air mata yang mengalir. Aku hanya mahu kamu lupakan segala. Lalu tangan kamu aku sentuh perlahan dan lembut. Ya, aku salah. Aku sedar akan perbuatan aku ini. Namun aku tidak juga mampu membiarkan kamu sedih. Sungguh aku tidak sanggup. Aku mahu kamu ada dalam pelukan aku. Menangis lah kamu dalam aku sepuasnya. Aku akan sentiasa ada bila kamu memerlukan.

Seperti sang bintang mengelilingi si bulan. Malam yang cerah membawa angin sejuk. Wajah kamu masih seperti sedia dahulu yang aku tatap. Penuh dengan kecerian. Senyum yang penuh dengan lonjakan gembira. Namun aku tahu. Jauh dalam lubuk hati kamu sedang menangis. Keperitan hidup yang kamu lalui memecahkan empangan air mata. Aku datang untuk kesat dan lupakan segala kesedihan kamu. Akan aku lakukan apa saja untuk kamu gembira. Akan aku korbankan apa saja asalkan ada senyuman pada muka kamu itu. Tiada aku peduli kepentingan aku lagi. Tiada penting diri aku lagi. Sesugguhnya betapa kamu aku sayang. Tiada pernah aku menjaga sebaik ini. Tiada pernah aku membelai selembut ini. Tiada juga pernah aku merasa sedih seperti bila aku meninggalkan kamu. 

Cuma... kamu bukan hak milik aku... 

27/1/2012
Moment that I wont forger forever. Thanks for everything. Only one in a thounsand stars. Only one I cared that much. 

Monday, January 02, 2012

Tokwan Telah Pergi

14 DISEMBER 2011
6.36 P.M
Tiada yang pelik. Hari ini sungguh biasa. Seperti hari biasa dalam hidup aku.  Pulang aku dari kelas dalam keadaan penat. Berbaring di atas katil. Laptop di buka. Seperti hari- hari aku yang selalu. Hanya ini yang aku buat pabila letih menguasai diri. Ku gagahkan diri untuk bersolat Asar. Selesai solat kembali aku ke tempat asal. Menyelak halaman muka buku melihat aktiviti harian rakan- rakan maya.


7.33 P.M
Azan Manghrib berkumandang. Ahh, aku masih belom mandi. Terasa berat untuk bangun. Syaitan sedang menghasut barang kali. Harus lawan kerana ia kewajipan aku. Tidak boleh aku lengah ia. Tuala yang tersidai dicapai. Aku membasahi diri. Sejuk rasanya air malam itu. Leka aku bersama air seketika. Selesai mandi aku terus bersolat. Selesai solat terasa lapar pula. Tetingkap telepon bimbit di belek. Tiasa pula pesanan dari rakan - rakan mahu lepak. Aku kembali menyelak halaman muka buku. Ya, ada yang mengajak mahu berjumpa. Bagus lah. Boleh lah aku mengisi perut sambil berjumpa bersama rakan seperjuangan. Sudah lama rasanya aku tidak bersama mereka. Kesibukan hidup sebagai pelajar. Maklumlah, 'final exam ' dah dekat. Banyaklah kerja dan ujian yang datang.


9.09 P.M
Fardhu Isyak telah aku tunaikan. Pakaian aku dicapai. Disarungkan. Rambut dirapikan. Ya, aku mahu keluar. Perut berbunyi meronta meminta diisikan. ' Sabarlah wahai perut. Sekejap nanti akan aku isikan dan penuhi kau ya..'. bisik aku sendiri. Setelah bersiap, kunci motosikal dan helmet dicapai. Terasa suasana malam yang agak sunyi. Bulan bercahaya sungguh terang. Rendahnya bulan pada malam itu. Sungguh cantik.
hampir seminggu aku tak 'ride'. Rasa gemuruh pula bila dengar deruman enjin si 'Phoebee' ni. Aku terus menuju ke rumah seorang rakan aku. Disana mereka menunggu. Sejuk malam mengigit sehinggan ke tulang. Aku memecut lebih laju agar lekas smpai.


9.39 P.M
Rakan-rakan sedang menunggu aku. Awal pula mereka tiba. Selalunya aku yang paling awal. Tanpa berlengah kami terus bergerak secara berkumpulan. Sunyi sepi malam itu digendangkan oleh deruman enjin motosikal. Orang ramai yang berada di kiri kana jalan pon turut berpaling pabila terdengar ngauman 'kuda' masing-masing.
Nasi Daging merah menjadi santapan aku malam ni. Alhmdulilah, syukur. aku sudah kenyang. Rakan - rakan masih rancak berborak. Aku hanya melihat dan memantau perlakuan mereka. Memang sudah sifat aku begini.  Suka memantau perilaku orang - orang sekeliling aku.
Rasa seperti sudah lewat. Pabila jam dilihat masih terpampang waktu pada ketika itu jam 11.30 PM. Lambat pula masa berjalan kali ini. Aku hairan. Mereka pula sudah mahu pulang. Aku pon akur. Yela, Esok aku ad kelas. Lebih baik pulang awal. Takut pula aku tidak terjaga. Selesai semua kami bersalaman. Bersurai. Aku terus menuju pulang ke rumah. Tiada langsung rasa pelik atau sesuatu yang buruk mahu berlaku. Sekali lagi aku terpandang keindahan bulan penuh. Sungguh mengasyikkan.


15 DISEMBER 2011
12.12 A.M
Aku seperti biasa tak kan mampu melelapkan mata seawal ini. Hanya lembaran muka buku wat peneman aku. Pelbagai ragam manusia aku boleh kenali dari sini. Perwatakan mereka. Kematangan mereka. Semuanya boleh aku nilai melalui penulisan mereka pada dinding-dinding mereka. Entry yang kelakar telah mentertawakan aku. Ceria juga malam aku pada hari itu. Sekali lagi, tiada perasaan pelik atau aneh aku rasa. Aku menikmati hidup aku seperti biasa. Seperti tiada apa yang akan berlaku. Suram malam hilang dalam gelak tawa aku. Memecah kesunyian malam. aku terhibur. Hampir penat aku melayan. Tapi tak mengapa. Aku memang seorang yang suka akan sesuatu yang kelakar. Namun semua akan berakhir tidak lama lagi.


1.11 A.M
Aku sedang kemas kan tempat tidur. Yelah, dah mengantuk pula rasa. Masih menunggu sang naga kecil. Siapa sang naga ? Biarlah aku dan dia sahaja yang tahu.  Selesai aku mengemas. Tiba- tiba terdengar deringan dari telefon bimbit. Barangkali sang naga. Aku melihat skrin. Pelik. Yang terpampang ' Abah '. ' ah.. ni mesti abah nk suruh aku servis moto dia esok ni.. '. Aku berbisik. Punat hijau aku tekan..
 ' hello, abang.. tokwan dah xdak.. '. 
Aku terdiam. Terus aku terbayang wajah tokwan aku yang sedang terlantar di rumahnya. Dah lebih setahun rasanya tokwan sakit. Terbaring lemah. Tak mampu berbuat apa selain makan. Tutur katanya juga tidak jelas. Tokwan dah tua. Dia sangat lemah. 
 ' Innalillahi wainnailaihi raajiuunnn'
Tokwan aku sudah tiada. Dia sudah pergi meninggalkan aku. Sebak aku pada waktu itu. Terungkap saat aku masih mentah. Masa aku masih bersekolaj rendah. Betapa rapatnya aku dengan tokwan. Setiap minggu pada hari Jumaat Abah akan ambil aku dari sekola. Terus aku dibawa ke rumah tokwan. Bersolat bersama tokwan. Tuk aku pula akan sediakan juadah untuk hidangan tengah hari. Boleh dikatakn setiap minggu inilah rutin aku. Tokwan akan belikan pelbagai lauk dan makanan untuk aku dan cucu-cucu nya yang lain. Pada waktu itu, tokwan hanya mengayuh basikal untuk ke pekan. Rajin betul tokwan. Sayang cucu punya pasal. Di  akan ke pasar pada setiap hari. Membeli ikan, ayam, sayur dan pelbagai lagi untuk di masak oleh tok. Adakalnya dia akan ke pasar raya membeli barang dapur. Teringat aku, dia suka beli kan susu lembu HL untuk aku. Aku suka minum susu tu. Hampir setiap kali aku pulang ke rumah tokwan, susu tu xpernah terputus bekalan. Dia tahu. aku suka akan nya.


1.15 A.M
Setelah aku sampaikan berita ini kepada adik- adik dan mak aku, kami terus bergegas ke rumah tok. Kereta di pandu menyusuri malam dengan perasan yang sedih. Seperti tidak percaya tokwan telah tiada. Tiada sebarang petanda yang memberi tahu bahawa dia akan pergi. 
Setelah sampai dihalaman rumah tok, kelihatan suasana cerah di sekeliling rumah. Tiada pula kelibat kehadiran jirang sekeliling pada masa itu. Umpama hari- hari biasa yang aku lalui ketika melawat tokwan dan tok. Salam diberi. Selak di pintu dibuka abah. Kelihatan wajahnya yang sedih, matanya merah. Aku terus meluru masok ke hujung rumah.  Bilik tokwan berada di bahagian belakang. Bilik tersebut dah di ubah suai supaya lebih luas untuk tokwan.
Sebelum sempat aku sampai di pintu blik, Tok menuju keluar lalu aku sambut tangan tok dan aku salam. Beralih penglihatan aku ke dalam bilik. Terdengar bacaan suah Yassin dari seorang lelaki. ' oh, abg Yin.. '. Aku berbisik. Anak kepada jiran tok. Tanpa berlengah, aku terus menuju ke bilik air untuk mengambil wuduk. Lalu senaskah surah yassin aku capai dan aku baca untuk tokwan. Terasa sangat sebak pada masa itu. Terlihat terbaring tubuh tokwan kaku. Kurus  tokwan aku. Kecil je nampak. Bacaan diteruskan sehingga potongan ayat yang terakhir.



2.22 AM
Selepas selesai bacaan yassin, aku bingkas bangun menolong abah. Persiapan untuk pengebumian tokwan. Mungkin pagi esok tokwan akan dikebumikan. Barangkali mereka mahu menunggu sanak - saudara aku yang lain pulang untuk menatap wajah tokwan untuk kali yang terakhir. Di 'wall' hadapan rumah ada tiga lelaki sedang berborak. Ada yang aku kenal. Ada yang tidak. Barangkali jiran tetangga agaknya. Maklumlah, aku bukan kenal sangat orang- orang dekat sini. Aku sangat mengantuk pada ketika ini. Namun banyak yang aku perlu tolong. Kesian pula abah sensorang. Lepas beberapa jam, Pak Long pon smpai bersama anak sulungnya, Salsabil. Selepas selesai semua. Tepat jam 5.45 AM, Aku mengambil keputusan untuk melelapkan mata. Aku berbaring di atas tilam yang dibentangkan di bilik hadapan. Tanpa aku sedar aku hanyut dalam lena pada pagi yang sunyi itu.



7.57 AM
' Apis, bangun!! Apisss... bangun!'. 


Terdengar suara mak mengejutkan aku dari tidur. Bingkas aku bangun. Tanpa berlengah sehelai tuala aku capai. Lalu aku masok ke bilik air untuk mandi. Selepas selesai, aku terus keluar untuk melihat suasana pada pagi itu. Sudah kelihatan ramai orang datang. Suasana yang pada asalnya sunyi kini bingit dengan suara orang ramai. Abah dan jiran tetangga yang terdekat masing sibuk membuat persedian untuk tokwan. Terdengar suara abah memanggil aku. Aku disuruh untuk mengikut abang Mie mengambil keranda. Terus aku ikut sahaja permintaan abah. Dengan menaiki lori, kami terus menuju ke Surau. Keranda baru sahaja siap. Kelihatan mereka sedang memasang keranda. Selepas siap, kami pulang membawa keranda untuk tokwan. Aku memerhati setiap sudut keranda itu. Betapa kecil dan sempitnya. Halus kayunya. Aku membayangkan keadaan aku berada dalam keranda itu. Ya Allah, takutnya aku menemui mati. Bila pulak masa aku nanti. Menitis air mata aku. Di dalam keranda ini lah tubuh tokwan akan kami letakkan.
 ' Maafkan kami tokwan. Hanya ini rumah untuk tokwan wat masa ini. '


9.29 AM
Tokwan diangkat untuk dimandikan. Empat orang diperlukan untuk mengangkat tokwan. Aku memegang badan tokwan. Tiada pula rasa sejuk seperti mayat. Kulitnya seperti seorang yang masih bernyawa. Tokwan diletakan atas bekas yang digunakan untuk memandikan jenazah. Aku tak dapat melihat tokwan dimandikan keran terlalu ramai orang pada ketika itu. Aku berlalu pergi dan menolong dua orang sepupu aku mencuci keranda tokwan. Selepas itu, selesai memandikan tokwan. Tokwan diletakkan dihalaman ruang tamu rumah. Disini Tokwan akan dikapankan. Aku berada dihujung kaki tokwan. Kain kapan yang putih itu aku pengang. Lalu aku baluti tubuh tokwan. Sehelai demi sehelai. Dengan Pertolongan dari tiga orang pak cik mungkin imam, tokwan telah siap dikapankan. Aku memandang tubuh tokwan yang dibaluti kain yang putih dan bersih itu. Begitu juga aku suatu hari nanti.


10.10 AM
Tokwan diangkat dan diletakkan berbaring di dalam keranda yang aku ambil tadi. Saiz nya muat untuk tokwan. Sehelai kain diletakkan selapas ia ditutup. Secara berjemaah kami solat jenzah untuk tokwan. Ruang depan rumah tok penuh dengan hadirin yang bersama- sama bersolat jenazah untuk tokwan. Aku berdiri belakang sebelah kanan imam. Perasaan sebak masih boleh dirasai. Tokwan dah pergi meninggalkan kami.
Selesai solat, kami menunggu hadirin yang tidak dapat solat bersama kerana ruang telah penuh. Tokwan kemudianya diletakan di atas pengusung. Tokwan akan dibawa ke tanah perkuburan. Jarak dekat antara rumah dan tanah perkuburan membuatkan kami membuat keputusan untuk hanya berjalan kaki. Ya, aku mengikut sebelah kanan tokwan. Empat orang memengang pengusung membawa tokwan. Kerut pada dahi mereka menunjukkan beban berat yang diangkat. Abah berada pada sebelah depan. Aku bertanya pada abah, ' kalau dah xlarat, meh apis lak pegang... '. Abah hanya menganguk. Lalu aku sambut pemegang itu. Agak berat. Mungkin Berat besi pengusung ini kerana waktu aku mengangkat tokwan ketika mahu dmandikan dia lebih ringan. Setelah hampir sampai, tokwan diletakkan. Aku diarahkan masuk kedalam liang. Tanpa berfikir panjang, aku melompat terjun kedalam liang itu. Agak dalam. Bagaimanakah keadaan aku nanti bila aku sudah mati ? Tiba- tiba aku terfikir.
Jasad tokwan aku sambut. Bersama aku pada saat itu adalah seorang sepupu aku dan abah. Hanya kami bertiga turun kedalam liang. TOkwan dibaringkan. Menyiring ke arah kiblat. Buat kali terakhhir aku memandang wajah tokwan. Selepas itu, ikatan pada kepala dan kaki dirungkai. Tanah mula dimasokkan sedikit demi sedikit. Itu lah kali pertama aku masok ke dalam liang. Sedikit sebanyak telah memberi keinsafan kepada aku.

11.1AM

Alhmdulilah, Selesai bacaan talkin, maka selesai lah semuanya. Syukur semua berjalan lancar. Tiada sebarang masalah.  Aku berlalu pergi dari situ. Sambil berjalan aku memandang ke pusara tokwan. 
' tokwan rehat la.. dah lama tokwan sakit.. dah lama tokwan kerja berat... tido la tokwan dengan aman ya.. '
kata-kata aku sebelum aku berlalu pergi. Awan yang cerah menjadi mendung dan gelap. Hujan renyai- renyai. Aku terus bergegas pulang meninggalkan tokwan. Semoga roh tokwan ditempatkan bersama para shuhada'. Insyallah..

Alfatihah untuk tokwan, Ali bin Bashah....