Saturday, March 10, 2012

Apakah petanda ini ?

Segala marah, sedih, benci, tangis dan tawa aku tadahkan. Tiada pernah aku penat walau beribu kali aku terima.
Walau apa pon yang dilakukan. Dengan senyuman aku menyambut semua itu. Demi kepuasan hati mereka disekeliling.

Tapi bagaimana pula aku ? Bila aku sedang sedih siapa yang hadir memberi bahu ? Ketika aku sedang menangis, siapa yang datang memberi aku walau sehelai tisu ? Ketika aku marah, siapa yang datang mennyejukkan aku ? Ya, hanya ketika aku gembira ramai yang ada untuk saat itu.

Oh tuhan, sungguh aku penat untuk semua ini. Hidup aku hanya untuk memuaskan hati hati mereka. Tiada aku pernah berkira walau apa pun. Asalkan ada senyuman di wajah mereka.

Oh tuhan, hati kecil aku menangis. Menangis meronta untuk difahami. Menangis meronta untuk dipujuk. Menangis meronta untuk disirami dengan penghargaan.

Oh tuhan, tiada satu jua pun yang pernah melihat atau mengambil berat atas setiap titisan air mata aku yang mengalir keluar dari mata ini. Berseorangan aku duduk disuatu sudut menangisi setiap derita yang aku alami. Seorang diri tanpa ada siapa yang tahu.

Oh tuhan, mengapa aku sentiasa mengukir senyuman di khalayak. Tiada pernah aku bersedih pabila semua ada bersama. Hilai tawa dan gurauan aku menjadi penghibur mereka. Sindiran mereka terhadap aku menceriakan sesuana sekitar. Sedang jauh dalam sudut hati aku, aku sedang menangis.



Terasa sayu malam ini. Hati aku sedih secara tiba-tiba. Mata aku pejam untuk menenangkan hati. Namun dia berterusan berkata yang sesuatu yang tidak baik. Aku mohon petunjuk mu tuhan. Adakah ini suatu petanda ?
Aku menunggu dengan penuh gusar dan tanda tanya. Hanya terbayang dia yang jauh dari aku. Berfikir akan dia. risau akan dia.

Sungguh kuat perasaan ini. Masih menjadi tanda tanya. Apakah semua ini Tuhan ?
Aku hanya berdoa agar semua hanya menjadi baik sahaja. Walau hati ku sedang gusar. Masih aku disini melayan diri seorang diri. Tiada siapa mahu menjadi peneman aku. Cukup sekadar ambil tahu tak perlu lebih. Ini lah kehidupan. Walua kita cuba menjadi seorang yang mengambil berat. Belom tentu ada yang mampu melakukan perkara yang sama untuk kita. Aku masih mengharap suatu hari nanti ada yang hadir untuk mengambil hati ini untuk dipelihara. Kepada Mu ya Allah aku berserah.. 



*hati aku terasa aneh. Sangat xsedap hati. Aku rasa sedih, takut dan seperti mahu menangis. Sangat memerlukan seseorang sekarang. :(

No comments:

Post a Comment