Thursday, March 08, 2012

Datang, Singgah Dan Pergi

Mereka datang dan mereka pergi. Mereka singgah dan mereka ambil apa yang perlu. Aku terus jadi aku. Masih begini dan terus begini. Ikhlas.. redha.. Pasrah. Tiada guna aku tangisi. Ini hanyalah salah satu perjalanan hidup aku yang aku perlu lalui. Rela tanpa aku rela aku perlu juga terus melangkah. Tiada guna aku toleh ke belakang. Cukup sekadar aku lihat dari sisi supaya beringat. Adakala aku berfikir, mungkin takdir hidup ku sudah sebegini. Sentiasa berkorban untuk membahagiakan, bukan untuk merasa bahagia. Sehingga kini aku bertanya, apakah itu yang mereka paham tentang cinta ? Apa itu cinta sebenarnya ? Sungguh aku tidak tahu. Tidak juga aku mahu mengerti apa itu cinta. Cinta itu  tiada kekal pada aku. Hanya bersifat sementara pabila semua nya sedang indah belaka. Tiada aku percaya pada cinta itu. Apa lagi jika ia cinta kepada manusia. Cinta yang kekal abadi hanya milik Allah. Yakin aku  cinta pada Nya. Kerana Dia tiada pernah benci pada hambanya. Tidak pada manusia. Sentiasa ada yang curiga. Aku masih aku. Masih mencari dan mencari. Sehari - hari aku memperbaiki diri untuk menjadi lebih baik. Supaya disenangi diri, keluarga, rakan - rakan dan semua. Tiada aku mengharap dan memperhambakan diri pada cinta. Cuma aku menjadi insan yang sentiasa ada pabila ada yang memerlukan. Tiada mahu aku bercinta. Jika hati ini meronta mahu, aku akan simpan. Ya, mustahil. Namun akan aku cuba. Tiada pernah yang hadir menerima aku seadanya. Meraka mahu aku berubah seperti yang mereka mahukan. Supaya aku menjadi seperti mereka inginkan. Aku pula sentiasa menerima mereka seadanya. Walau hati aku terpaksa menelan pahit dan duri. Tiada pernah aku merungut. Cuma raut wajah aku akan menceritakan segala. Namun jauh dalam hati aku hanya akan menerima diri mereka seperti mana mereka yang sebenar. Tidak mengapa. Walau tidak adil bagi aku, aku bersyukur. Kerana masih ada yang sayangkan diri ini. Tiada aku minta lebih. Cuma, hargai diri aku seperti mana aku menghargai. Itu sudah cukup untuk menghalang aku berpaling atau berubah hati.. 



2 comments:

  1. wah wah wah...pndai jgk fiz bermadah..hehehe...
    buat la perenggan skit....

    ReplyDelete
  2. tengs cik snow..
    saja xmaw boh perenggan.. biaq berpinaq mata.. haha

    ReplyDelete