Sunday, March 11, 2012

Dia Sudah Sebegitu

Hiruk pikuk kota aku tinggalkan. Kembali pulang ke kampung halaman. Suasana sunyi tenang dan damai yang aku rindui kini kembali. Sungguh aku sayang akan tempat ini. Di sini segala nya tentang aku tersaksi. Dari aku mula menyedut udara hingga ke hari ini, di sini lah segalanya tentang aku. Walau tidak sebangun seberang sana, namun bagi aku di sini adalah yang terbaik.

Hari demi hari berlalu. Bermula kehidupan aku sebagai sang pencari ilmu. Masih mamai mengamati zon selesa. Belum ada rasa berat ingin menjadi sanga dahaga akan ilmu dan pengalaman. Masih awal rasanya. Sudah sebegitu diri aku. Semuanya pada akhir waktu. Segala pecutan akan aku berikan.



Dunia disini sekadar sederhana. Bersyukur sahaja dengan apa yang masih ada untuk aku guna dan nikmati. Ini yang terbaik aku ada. Namun jauh dalam sudut hati, masih meronta mahu akan sesuatu yang lebih baik. Kenangan lalu makin diimbau. Betapa mewah nya ia. Semua nya hanya permata dan intan. Untuk mahu akan sesuatu hanya perlu lemparkan hasrat. Tertunai segala permintaan hati.

Tiada lagi semua itu. Hanya tinggal kenangan dan ingatan yang masih segar. Membuatkan bibir tersenyum. Mengeluh aku di sudut jendela. Membayangkan kehidupan yang mendatang. Masih beribu persoalan yang belom terjawab. Mengharapkan semua berjalan dengan baik. Berdoa semoga sang MAHA BERKUASA menberikan yang terbaik. Insyallah...





bosan duduk atas seat. try duduk atas tank. teringat time kecik dulu, abah salu letak aku dalam bakul moto masa nk pergi rumah atok.. :')

No comments:

Post a Comment