Thursday, April 05, 2012

Muram Saja Pagi Ini

Pagi yang muram. Tiada pula aku bersemangat. Bangun aku pagi ini seperti aku pasti hari esok masih ada. Dengan perlahan aku bangun dari situ. Umpama hidupnya malas, mati pula tiada mahu.
Jarum jam meniti pantas. Aku masih perlahan selesaikan rutin pagi. Tiada bersemangat hari ini. Keluar aku dari rumah dengan wajah yang muram. Fikiran aku penuh persoalan dan kekecewaan. Bertanya pada diri, adakah hidup aku sememangnya sebegini ? Sedih, sakit, perit. Masih begini yang aku harus telan. Hingga bila aku sendiri tidak pasti.
Kisah lalu telah mengajar aku apa itu sabar. Syukur, aku masih mampu menarik nafas dalam dan pejam kan mata setiap kali ia berlaku.
Biarlah, kepentingan aku akan aku korbankan. Tiada aku peduli hati dan perasaan sendiri. Biar ia terus menangis dan meronta. Aku pasti, suatu hari nanti, Tuhan akan beri aku sesuatu.


Telah sampai aku di sini. Setiap hari aku akan kesini untuk mengutip cebisan dan cabang ilmu yang ada. Hari ini aku tidak mampu lagi. Aku mencari suatu sudut yang mampu untuk aku bertenang. Ya, aku tahu. Hanya di situ aku mampu pergi dan hanya disitu aku sentiasa duduk dan termenung memikirkan nasib.
Pagi yang masih sejuk berembun. Masih terdengar burung yang sibuk bernyanyi memecahkan suasana sunyi. Suasana hijau ini sedikit sebanyak membantu aku. Hati semakin lega. Pedulikan kelas dan sebagainya. Aku sangat perlukan ketenangan ini sekarang. 


Ya, jauh ke depan aku meninjau perjalanan hidup. Mahu tidak mahu perlu aku teruskan. Tiada pilihan lain kerana ini yang aku mahukan. Biar pun ia pedih, sakit, dan perit. Namun semua itu seperti tiada apa bagi aku. Sudah aku belajar apa itu erti sabar. Insyallah, akan aku bertahan semampu yang mungkin. Akan aku tunggu selama yang mungkin. Akan aku sayang sebanyak yang mungkin. Kerana ini adalah pilihan aku.

No comments:

Post a Comment