Wednesday, May 09, 2012

Buka.. tutup... buka... tutup... buka... tutup... dan buka.


Berkelip mataku melihat suasana malam. Perjalanan yang aku perlu tempuhi ini masih panjang. Sejuk.. dingin.. terasa di seluruh tubuh. Kelam dan malap hanya dapat aku lihat dari jendela ini. Terasa masa seperti berhenti. Lama dan perlahan ia bergerak. Alangkah bagus kalau aku sendiri bebas bergerak menuju destinasi itu. Lebih cepat aku sampai lebih suka hati aku ini. Ya, di sana ada sesuatu yang menanti. Impian dan masa depan. Ia sedang menanti aku. Walau jauh harus juga aku pergi. Kerana di sana ternanti segala apa yang aku mahukan dalam kehidupan ini.




Tak pernah aku rasa perjalanan yang jauh ini sesuatu yang sia-sia. Setiap kali aku pulang, pasti akan terasa berat hati aku untuk pergi. Walau di sini sungguh asing bagi aku, corak dan suasana di sini telah buat aku lupa seketika tempat jatuhnya kepala aku. Terima kasih kerana telah beri aku sesuatu yang cukup bernilai. Aku dapat rasa bahawa hidup ini sungguh indah dan penuh dengan rahmat. Setiap bende yang hadir dan lalu di hadapan pasti akan ada sesuatu yang akan membawa aku selangkah untuk aku mengenal setiap belok dan celah kehidupan di alam ciptaan Allah ini.




Tanpa aku pinta semakin jauh aku meniti hidup ini bersama. Semakin rapat aku bersama orang-orang yang kau sayang. Semua ini berlaku tanpa aku pinta dan rancang. Mungkin tuhan yang dah tentukan semua ini. Aku sangat bersyukur. Ini merupakan sesuatu yang sungguh baik. Hati aku yang dahulu penuh dengan kesedihan kini semakin dipenuhi cahaya pelangai yang sangat terang. Terang seperti datangnya sang matahati selepas sang awan hitam datang melitupi bumi dan membasahi permukaan alam ini.  Alhamdulilah...


Masih banyak kesilapan dan cacat cela pada aku. Akan aku dengan perlahan baiki diri ini. Adakalanya aku lupa diri. Menjadi sikap penting diri. Maafkan aku. Tiada langsung aku berniat untuk melukakan. Ada saat di mana aku bukan diri aku. Bila aku bertindak tanpa landasan iman. Semoga Allah memberi petunjuk pada aku. Bukan ini caranya. Ini ternyata salah. Bukan ini yang aku mahukan bukti sebagai sayang dan cinta itu.
akan aku baiki diri ini. Aku ingin menjadi pebimbing yang membawa  ke arah mendapat kemanisan iman. Namun, ternyata aku masih belom mampu.




Harapan aku, moga ini yang terakhir. Tiada aku mahu yang lain dan yang baru. Susah bagi aku untuk kenal dan selongkar hati manusia ini. Ternyata ia penat bagi aku. Cukup sahaja sudah yang ini. Yang ini sungguh menyenangkan dan mengembirakan. Ternyata ini yang aku cari selama ini. Selari dengan perjalanan hidup aku. Kini aku mampu bebas mencorak masa depan dengan lebih baik. Bukan hanya berseorangan tapi, bersamanya aku akan terus kehadapan. Insyallah.. :)




1 comment: