Thursday, August 22, 2013

Dalam kehidupan sentiasa ad matlamat. Setiap individu mungkin mempunyai pelbagai cara yang berbeza untuk capai akan matlamat masing-masing.

Untuk mencapai sesuatu matlamat itu perlu ada usaha dan keringat. Otak yang bijak akan mengatur langkah dan badan yang kuat akan bergerak menyusun langkah.

Berjaya atau tidak untuk capai sesuatu itu terpulang pada usaha dan keringat yang diperah. Selain itu rezeki dari Allah juga menentukan segala.

Aku di sini sedang berusaha, bersusah payah untuk suatu matlamat yang mahu dikecapi bersama. Bersabarlah. Beri aku semangat. Beri aku dorongan. Aku sedang menunggu hari. 

Percayalah, bahawasanya aku tidak main - main. Jangan samakan aku bersama kisah lalu. Aku yang menunggu dahulu. Aku yang menanggu derita dahulu. Aku yang menangis dahulu.

Mungkin tiada yang akan paham. Dilihat aku sentiasa bersuka dan bergembira. Pahit, sakit, derita dan luka hanya aku dan Dia yang tahu.



Tuesday, February 26, 2013

Saya Paham

Ya..
Saya paham awak letih,
Saya paham awak penat,
Saya paham awak panas,
Saya paham awak runsing,
Saya paham awak mengantuk,
Saya paham awak sibuk,
Saya paham awak sakit,
Saya paham awak marah,
Saya paham awak sedih,

Ya awak, saya sentiasa paham awak.
:')

Saturday, January 05, 2013

Usaha

Bukan mudah seperti disangka. Perlu usaha keras dan cekal. Masih banyak yang mengejar. Perlu aku perhalusi satu per satu.

Hilang dia tak mungkin aku sanggup. Apa jua dibuat akan aku sanggup. Daun kering ditiup angin. Sang hujan turun memecah sunyi. Angin bayu meniup pasir. Ombak deras menghempas batu.

Si kumbang terbang mencari mawar. Lebah hinggap pada sang seroja. Bulan berlindung di balik awan. Bintang hilang tenggelam dalam cahaya sang mentari.






Tuesday, July 03, 2012

Alahai Rumput


Aku lah si rumput. Yang tumbuh menghijau mendamaikan mata sesiapa yang melihat aku. Aku hanya kecil. Tempat aku hanya di atas tanah. Jarang aku berada di atas. Mustahil lah di langit membiru.


Aku lah si rumput. Sering dipijak dan dipijak. Mati aku seketika namum tumbuh semula untuk mereka. Kasihani aku. Jangan pijak aku lagi. Aku mahu terus hidup. Aku merayu. Berilah aku peluang seperti yang lain.


Aku lah si rumput. Hidup aku untuk gembirakan orang. Orang tidur atas aku. Orang kesatkan kotoran atas aku. Orang tanam aku di mana mereka mahu. Orang juga cabut dan buang aku sesuka hati mereka.


Aku lah si rumput. Aku juga punyai perasaan. Jaga lah juga hati aku ini walau tidak seberapa. Kerna, sesakit mana hati aku ini, aku tetap terus ada untuk kalian. Pastikan aku sentiasa ada untuk kalian. Sesudah aku tiada, pasti kalian akan susah. Percayalah!

Kampung Wang Bintong, Perlis

Wednesday, May 30, 2012

Akad ( Ammar & Hanis )

"Hai sekelian manusia, bertaqwalah kepada Tuhanmu yang telah menciptakan kamu dari diri yang satu, daripadanya pula Allah menciptakan pasangannya, dan dari keduanya dikembangkan laki-laki dan wanita-wanita yang ramai. Dan bertaqwalah kepada Allah dengan (menggunakan) nama-Nya kamu saling meminta satu sama lain; dan (peliharalah) hubungan silaturrahim. Sesungguhnya Allah sentiasa mengawasi kamu." (An-Nisa': 1


Sang mentari bersama sang bulan.
Sang hujan datang bersama sang angin,
Sang langit bersama laut,
Siang bersama malam,
Tanah bersama batu dan pasir,
Berdegup jantung mengalir darah.
Dari mata jatuh ke hati, 
Dari suka menjadi cinta,
Bermulanya persahabatan berakhirnya akad.

Semoga kekal hingga akhirnya... 





Ammar & Hanis

Penyesalan

Sudah tahu jangan tapi masih juga sentuh,
Sudah tahu dosa tapi masih juga teringin,
Sudah tahu itu khianat tapi masih juga tak mengerti,
Sudah tahu itu kecurangan tapi masih juga didekati,
Sudah tahu itu yang pasti tapi masih diragui,








Sudah la sudah,
Ini yang terakhir,
Yang hari ini hanya sekali, tak akan ada lagi.

Wednesday, May 09, 2012

Buka.. tutup... buka... tutup... buka... tutup... dan buka.


Berkelip mataku melihat suasana malam. Perjalanan yang aku perlu tempuhi ini masih panjang. Sejuk.. dingin.. terasa di seluruh tubuh. Kelam dan malap hanya dapat aku lihat dari jendela ini. Terasa masa seperti berhenti. Lama dan perlahan ia bergerak. Alangkah bagus kalau aku sendiri bebas bergerak menuju destinasi itu. Lebih cepat aku sampai lebih suka hati aku ini. Ya, di sana ada sesuatu yang menanti. Impian dan masa depan. Ia sedang menanti aku. Walau jauh harus juga aku pergi. Kerana di sana ternanti segala apa yang aku mahukan dalam kehidupan ini.




Tak pernah aku rasa perjalanan yang jauh ini sesuatu yang sia-sia. Setiap kali aku pulang, pasti akan terasa berat hati aku untuk pergi. Walau di sini sungguh asing bagi aku, corak dan suasana di sini telah buat aku lupa seketika tempat jatuhnya kepala aku. Terima kasih kerana telah beri aku sesuatu yang cukup bernilai. Aku dapat rasa bahawa hidup ini sungguh indah dan penuh dengan rahmat. Setiap bende yang hadir dan lalu di hadapan pasti akan ada sesuatu yang akan membawa aku selangkah untuk aku mengenal setiap belok dan celah kehidupan di alam ciptaan Allah ini.




Tanpa aku pinta semakin jauh aku meniti hidup ini bersama. Semakin rapat aku bersama orang-orang yang kau sayang. Semua ini berlaku tanpa aku pinta dan rancang. Mungkin tuhan yang dah tentukan semua ini. Aku sangat bersyukur. Ini merupakan sesuatu yang sungguh baik. Hati aku yang dahulu penuh dengan kesedihan kini semakin dipenuhi cahaya pelangai yang sangat terang. Terang seperti datangnya sang matahati selepas sang awan hitam datang melitupi bumi dan membasahi permukaan alam ini.  Alhamdulilah...


Masih banyak kesilapan dan cacat cela pada aku. Akan aku dengan perlahan baiki diri ini. Adakalanya aku lupa diri. Menjadi sikap penting diri. Maafkan aku. Tiada langsung aku berniat untuk melukakan. Ada saat di mana aku bukan diri aku. Bila aku bertindak tanpa landasan iman. Semoga Allah memberi petunjuk pada aku. Bukan ini caranya. Ini ternyata salah. Bukan ini yang aku mahukan bukti sebagai sayang dan cinta itu.
akan aku baiki diri ini. Aku ingin menjadi pebimbing yang membawa  ke arah mendapat kemanisan iman. Namun, ternyata aku masih belom mampu.




Harapan aku, moga ini yang terakhir. Tiada aku mahu yang lain dan yang baru. Susah bagi aku untuk kenal dan selongkar hati manusia ini. Ternyata ia penat bagi aku. Cukup sahaja sudah yang ini. Yang ini sungguh menyenangkan dan mengembirakan. Ternyata ini yang aku cari selama ini. Selari dengan perjalanan hidup aku. Kini aku mampu bebas mencorak masa depan dengan lebih baik. Bukan hanya berseorangan tapi, bersamanya aku akan terus kehadapan. Insyallah.. :)