Tuesday, December 13, 2011

Ya... Aku penakut

Tak semua kau rancang akan berlaku
Mungkin nasib tak menyebelahi aku
Entah mengapa engkau yang aku cinta
Mungkin lebih baik kau ku lepas saja

Ini tidak adil tidak adil baginya
Ini tidak adil tidak adil bagiku
Ini tidak adil
Untuk engkau bertanya jika ku mencintaimu juga
Tidak adil tidak adil baginya

Kau tak pernah cuba memahami aku
Cinta kau ucap tak pernah engkau tunjuk
Dan bila tiba saat ku kehilangan
Beban yang tak pernah kau cuba ringankan


Ini tidak adil tidak adil baginya
Ini tidak adil tidak adil bagiku
Ini tidak adil
Untuk engkau bertanya jika aku mencintaimu juga
Kau bukan milikku


Dan aku memang penakut
Mengakui cinta kepadamu
Seribu kali ku cuba ucapkan
Bila bersamamu
Kau bukan milikku
Dan engkau pun tahu
Kau bukan milikku
- Penakut by Yuna


:)

Saturday, December 10, 2011

Oh Dia

Kemana aku pergi ada Dia,
Kemana aku pergi hanya mahu bertemu Dia,

Segala yang aku lihat adalah Dia,
Segala yang aku dengar adalah Dia,

Bayangan yang mengejar aku adalah Dia,
Suara yang berbisik dalam telinga aku adalah Dia,
Mimpi yang membuai aku adalah Dia,

Aku sudah tahu situasi aku dan Dia,
Aku terlalu obses akan Dia,
Aku terlalu hanyut dalam fantasi aku dan Dia,

Ya, memang yang teristimewa itu adalah Dia,
Ya, memang saat indah bila aku bersama Dia,
Ya, tidak makna tidak aku akan lupakan Dia,

Adakalanya, sebahagian hidup aku adalah Dia,
Adakalanya, pelengkap hidup ini adalah Dia,
Adakalanya, naluri aku selari bersama Dia,

Jodoh itu jodoh. Sudah tetap. Tiada yang dapat mengubahnya. Berharap dan berdoa kerahan yang mampu. Redha dan pasrah tindakan yang mulia. Oh Dia....





Sunday, November 27, 2011

Salam Maal Hijrah 1433

Maka berlalu sudah setahun. Lembaran baru dihamparkan. Skrip baru ditaip. Layar dibentang. Buku dibuka. Benih disemai.

Masa berlalu begitu pantas. Tanpa sedar ia berlalu pergi. Pergi tanpa beritahu. Pandangan beralih makin jauh kehadapan. Banyak duri dan kaca perlu aku pijak. Berdarah, luka, sakit aku perlu tempuhi. Moga masa depan akan jadi lebih baik dan yang itu lalu menjadi guru. 

Erti hidup makin diketahui. Manusia sekeliling makin aku kenali. Sifat diri aku sudah selami. Insyallah, diharapkan tahun yang baru bersama azam baru mengorak langkah menjadikan diri ini insan. Bukan lagi manusia yang hidup merempat di muka bumi milik tuhan ini.

 Kewajipan harus terlaksana dengan hati terbuka. Tanggungjawab harus dipukul dengan amanah.

 Salam Maal Hijrah... 




Friday, November 25, 2011

Dua Jalan

Mendung.. hujan seperti mahu turun. Langit gelap. Awan hitam. Angin deras mnghempas muka. Suasana suram mengelilingi. Perjalanan masih jauh ke hadapan. 

Kaki mengorak langkah demi langkah langit yang gelap tidak dihiraukan. Tiba di suatu persimpangan. Kanan atau kiri. Keduanya tidak berpapan tanda. Keduanya tidak pernah dilalui. Mana arah tuju keduanya tidak diketahui. Suara berbisik di kiri telinga, ' ambil lah yang kiri..'. Hati juga berkata, ' yang kanan itu lebih baik..'. Keliru ? Manakah yang terbaik ?

 Sejauh mana mata mampu memandang ditelitinya setiap laluan itu. Tidak pula tidak ia memberi gambaran destinasi penghujungnya. Berdiri di situ  kaku tidak bergerak. Tangan menggengam  berfikir mana satu pilihan yang mahu. 

Masa berlalu. Pergi tanpa meninggalkan kesan. Umpama daun kering yang jatuh di atas pasir yang putih. Ia reput. Ia ilang. Tidak pula ia tinggalkan sisa. Hanya putih pasir yang dilihat. 

Langit yang gelap bertukar ganas. Pancaran kilat menyambar. Bunyi guruh umpama memberi petanda masa makin suntuk. Berdiri di situ tanpa pilihan. Mata terpejam memohon keyakinan. Kata hati sentiasa diikuti. Keliru, resah dan gundah masih menyelubungi.

Batu Feringghi, Pulau Pinang

Friday, November 18, 2011

Aku juga manusia..
Sama seperti kau dan kau dan dia dan dia dan mereka..
Aku bukan superhero seperti itu dan itu dan ini...
Juga aku bukan malaikat yang ada di sana dan di sana dan di situ...

Aku juga manusia..
Tidak boleh tidak aku menjanjikan untuk selesaikan semua masalah kau..
Hanya bersama kau aku berdiri bersama selesaikan permainan hidup kau yang menjadi teka teki itu..
Agar kau lebih tabah dan kau lebih kuat bersua bersamanya...
Aku berdiri disisi dan bahu aku untuk kau pabila kau mahu menangis sedih..

Aku juga manusia...
Lihatlah sekeliling kau...
Ribuan bintang sentiasa bersama kau pabila malam yang suram datang menyelimuti diri..
Kau dihadiahi sang bulan yang memberi sinar menenggelamkan cahaya sang bintang yang beribu itu..
Namun, sesunguhnya hanya satu sang bintang yang akan merealisasikan impian kau walau bintang itu jauh dan cahayanya malap..

Aku juga manusia..
Semua kelemahan dan kekurangan kau paparkan padaku..
Segala keburukan kau aku tontoni..
Carik pada kain kau aku yang nampak..
Sungguhpon begitu, kau tetap permata yang termahal bagiku..



Pantai Kuala Perlis.






Tolong Jadi Budak Besar!

Matang ? Grown up ? Macam mana yang dikatakan seseorang tu sudah matang ? Dari ciri - ciri Fizikal ? cara bercakap ? atau dari cara dia menyelesaikan sesuatu ? Entahlah, aku sendiri pon tak paham dan masih mencari apakah ciri-ciri sebenar seseorang yang matang itu. *malas nk google. aku lebih suka mencari jawapan dengan sendiri dari perspektif yang berbeza.

Adakalanya seseorang itu sudah merasakan dia sangat matang. Mungkin kehidupannya yang sempurna, pencapaiannya dalam sesuatu perkara atau cara hidupnya telah membuatkan dia merasakan dirinya itu matang. Tak salah pon nak rasa diri tu matang. Malah mungkin itu lebih baik kerana dengan itu dia mampu motivasikan dirinya untuk menjadi seorang yang mampu berfikir dengan lebih rasional dan bijak.

Cuma ada sesetengah individu yang merasakan mereka itu sudah matang dan memandang orang - orang disekeliling mereka masih kanak- kanak. Come on la! Takkan la sebab mamat tu suka wat lawak bodo dia dicop sebagai tak matang. Kehidupan ini perlukan sesuatu yang kelakar. Adakalanya kita perlu untuk menjadi seperti budak- budak untuk menghiburkan suasana atau seseorang. Rasanya menghargai usahanya itu untuk menceriakan suasana adalah lebih mulia dari hanya bercakap buruk atau memandang serong. 

So hargai lah setiap saat atau peristiwa yang berlaku disekeliling anda. Kerana masa tidak boleh berputar semula. Setiap saat yang dilalui sebenarnya amat berharga walau tidak berbuat apa - apa. Saat yang berlalu pergi umpama minyak yang dibakar. Tiada boleh untuk jadikanya minyak semula kecuali asap dan debu yang tiada satu pon berguna. 


Rindu gaya rambut ni. 

Monday, November 14, 2011

FAIL!!! AGAIN!!!

Salam semua. Menjadi seorang pelajar itu sememangnya penuh dengan cabaran. Ketabahan hati sangat diperlukan. Ye lah, kita sedang berjihad ke jalan Allah.
 Isnin sudah muncul kembali. Ya, bermula la sesi kuliah aku selepas seminggu bercuti 'Mid Sem'. Malas rasanya mahu bangun dari katil aku yang sudah hampir lunyai. Kenapa lunyai ? xperlu lah tahu itu.
Seperti biasa, hari Isnin aku perlu berpakaian formal. Kemeja hitam berseluar slack aku kenakan untuk hari ini. just nice~
Pagi ni ada test. Lab test AIS 510. Hurm... seperti biasa aku menjawab seperti aku tahu semuanya walau aku tidak yakin dengan jawapan yang aku berikan. Biarlah... aku memang begitu. Sentiasa mahu menilai tahap kepandaian yang ada pada diri. Syukur, selesai sudah test aku untuk hari ini. Berharap keputusan yang akan aku dapat baik - baik aja.

Kelas terakhir untuk hari ni. MAF 620. Pagi yang mendung dan cuaca yang sejuk membuatkan mata aku sangat berat untuk dibuka. Mulut sentiasa menguap dan air mata membasahi kelopaknya. Sungguh aku tidak tahu apa yang diberitahu oleh Sir David. Hanya mahu masa berputar pantas lantas aku boleh pulang kerumah untuk rehat. Sebelum beredar, Sir telah memberi semula jawapan TEST yang telah dijawab seminggu yang lalu. Kelihatan rakan - rakan sekeliling sungguh teruja dan tidak kurang ada yang sungguh gementar. Almaklum la, nk tahu result. 
Selepas beberapa nama dipanggil, terdengat suara Sir David menyebut nama aku. Ya.. dia menyebutnya, Lalu aku menyahut. Terpandang muka beliau merenung tajam ke mata ku. Aku seperti manusa yang tidak punyai perasaan. Dengan selamba aku meyambut helaian kertas yang diberikan kepada aku. Terlihat markah yang dicatat di muka depan helain kertas itu, tertulis disitu, ' FAIL'.

YES! I FAILED!! AGAIN I FAILED!
Hanya itu yang mampu aku sebut dalam hati aku. Helain itu diselak dari satu muka ke satu muka. Melihat kembali jawapan yang telah aku tuliskan pada masa lalu. Walau aku kelihatan seperti biasa, namun jauh dalam hati aku terselit rasa kecewa kerana aku yakin aku akan lulus dengan baik ujian ini. Aku telan sahaja perasaan kecewa itu. ' ala.. test 1.. ramai je yang fail.. leks la.. ' aku cuba untuk menenangkan hati. Lalu aku tersenyum dan berkata, ' Mari usaha lebih lagi ' . Itu sememangnya sifat aku. TAK pernah kenal erti kekalahan. Syukurlah. Mungkin kerana peristiwa lalu telah mengajar aku supaya lebih tabah dan tidak putus asa. Insyallah, aku akan berusaha lagi. Tiada yang mustahil dalam hidup aku. 

Ini lah helaian kertas test itu

Marilah, jam sudah pon menunjukkan tepat pukul 2.39 petang. Banyak perkara harus diselesaikan. Hujan lebat membantutkan hasrat. Nampaknya terpaksa juga aku redahi hujan dan petir ini. Arau menanti dengan penuh kesayuan..