Wednesday, May 30, 2012

Akad ( Ammar & Hanis )

"Hai sekelian manusia, bertaqwalah kepada Tuhanmu yang telah menciptakan kamu dari diri yang satu, daripadanya pula Allah menciptakan pasangannya, dan dari keduanya dikembangkan laki-laki dan wanita-wanita yang ramai. Dan bertaqwalah kepada Allah dengan (menggunakan) nama-Nya kamu saling meminta satu sama lain; dan (peliharalah) hubungan silaturrahim. Sesungguhnya Allah sentiasa mengawasi kamu." (An-Nisa': 1


Sang mentari bersama sang bulan.
Sang hujan datang bersama sang angin,
Sang langit bersama laut,
Siang bersama malam,
Tanah bersama batu dan pasir,
Berdegup jantung mengalir darah.
Dari mata jatuh ke hati, 
Dari suka menjadi cinta,
Bermulanya persahabatan berakhirnya akad.

Semoga kekal hingga akhirnya... 





Ammar & Hanis

Penyesalan

Sudah tahu jangan tapi masih juga sentuh,
Sudah tahu dosa tapi masih juga teringin,
Sudah tahu itu khianat tapi masih juga tak mengerti,
Sudah tahu itu kecurangan tapi masih juga didekati,
Sudah tahu itu yang pasti tapi masih diragui,








Sudah la sudah,
Ini yang terakhir,
Yang hari ini hanya sekali, tak akan ada lagi.

Wednesday, May 09, 2012

Buka.. tutup... buka... tutup... buka... tutup... dan buka.


Berkelip mataku melihat suasana malam. Perjalanan yang aku perlu tempuhi ini masih panjang. Sejuk.. dingin.. terasa di seluruh tubuh. Kelam dan malap hanya dapat aku lihat dari jendela ini. Terasa masa seperti berhenti. Lama dan perlahan ia bergerak. Alangkah bagus kalau aku sendiri bebas bergerak menuju destinasi itu. Lebih cepat aku sampai lebih suka hati aku ini. Ya, di sana ada sesuatu yang menanti. Impian dan masa depan. Ia sedang menanti aku. Walau jauh harus juga aku pergi. Kerana di sana ternanti segala apa yang aku mahukan dalam kehidupan ini.




Tak pernah aku rasa perjalanan yang jauh ini sesuatu yang sia-sia. Setiap kali aku pulang, pasti akan terasa berat hati aku untuk pergi. Walau di sini sungguh asing bagi aku, corak dan suasana di sini telah buat aku lupa seketika tempat jatuhnya kepala aku. Terima kasih kerana telah beri aku sesuatu yang cukup bernilai. Aku dapat rasa bahawa hidup ini sungguh indah dan penuh dengan rahmat. Setiap bende yang hadir dan lalu di hadapan pasti akan ada sesuatu yang akan membawa aku selangkah untuk aku mengenal setiap belok dan celah kehidupan di alam ciptaan Allah ini.




Tanpa aku pinta semakin jauh aku meniti hidup ini bersama. Semakin rapat aku bersama orang-orang yang kau sayang. Semua ini berlaku tanpa aku pinta dan rancang. Mungkin tuhan yang dah tentukan semua ini. Aku sangat bersyukur. Ini merupakan sesuatu yang sungguh baik. Hati aku yang dahulu penuh dengan kesedihan kini semakin dipenuhi cahaya pelangai yang sangat terang. Terang seperti datangnya sang matahati selepas sang awan hitam datang melitupi bumi dan membasahi permukaan alam ini.  Alhamdulilah...


Masih banyak kesilapan dan cacat cela pada aku. Akan aku dengan perlahan baiki diri ini. Adakalanya aku lupa diri. Menjadi sikap penting diri. Maafkan aku. Tiada langsung aku berniat untuk melukakan. Ada saat di mana aku bukan diri aku. Bila aku bertindak tanpa landasan iman. Semoga Allah memberi petunjuk pada aku. Bukan ini caranya. Ini ternyata salah. Bukan ini yang aku mahukan bukti sebagai sayang dan cinta itu.
akan aku baiki diri ini. Aku ingin menjadi pebimbing yang membawa  ke arah mendapat kemanisan iman. Namun, ternyata aku masih belom mampu.




Harapan aku, moga ini yang terakhir. Tiada aku mahu yang lain dan yang baru. Susah bagi aku untuk kenal dan selongkar hati manusia ini. Ternyata ia penat bagi aku. Cukup sahaja sudah yang ini. Yang ini sungguh menyenangkan dan mengembirakan. Ternyata ini yang aku cari selama ini. Selari dengan perjalanan hidup aku. Kini aku mampu bebas mencorak masa depan dengan lebih baik. Bukan hanya berseorangan tapi, bersamanya aku akan terus kehadapan. Insyallah.. :)




Tuesday, April 17, 2012

Pencil and Eraser

Pencil: I'm sorry.
Eraser: For what? You didn't do... anything wrong.
Pencil: I'm sorry, you get hurt because of me. Whenever I made a mistake, you're always there to erase it. But as you make my mistakes vanish, you lose a part of yourself and get smaller and smaller each time.
Eraser: That's true, but I don't really mind. You see, I was made to do this, I was made to help you whenever you do something wrong, even though one day I know I'll be gone. I'm actually happy with my job. So please, stop worrying I hate seeing you sad.

"Sometimes we have to be like the eraser, whereas someone we love is the pencil. We're always there for them, cleaning up their mistakes. Sometimes along the way we will get hurt and become smaller (older and eventually pass on). We are made to to this. Sacrificing self needs and wants and fulfilling the one we love... " 



 - Taken From someone =)





Thursday, April 05, 2012

Muram Saja Pagi Ini

Pagi yang muram. Tiada pula aku bersemangat. Bangun aku pagi ini seperti aku pasti hari esok masih ada. Dengan perlahan aku bangun dari situ. Umpama hidupnya malas, mati pula tiada mahu.
Jarum jam meniti pantas. Aku masih perlahan selesaikan rutin pagi. Tiada bersemangat hari ini. Keluar aku dari rumah dengan wajah yang muram. Fikiran aku penuh persoalan dan kekecewaan. Bertanya pada diri, adakah hidup aku sememangnya sebegini ? Sedih, sakit, perit. Masih begini yang aku harus telan. Hingga bila aku sendiri tidak pasti.
Kisah lalu telah mengajar aku apa itu sabar. Syukur, aku masih mampu menarik nafas dalam dan pejam kan mata setiap kali ia berlaku.
Biarlah, kepentingan aku akan aku korbankan. Tiada aku peduli hati dan perasaan sendiri. Biar ia terus menangis dan meronta. Aku pasti, suatu hari nanti, Tuhan akan beri aku sesuatu.


Telah sampai aku di sini. Setiap hari aku akan kesini untuk mengutip cebisan dan cabang ilmu yang ada. Hari ini aku tidak mampu lagi. Aku mencari suatu sudut yang mampu untuk aku bertenang. Ya, aku tahu. Hanya di situ aku mampu pergi dan hanya disitu aku sentiasa duduk dan termenung memikirkan nasib.
Pagi yang masih sejuk berembun. Masih terdengar burung yang sibuk bernyanyi memecahkan suasana sunyi. Suasana hijau ini sedikit sebanyak membantu aku. Hati semakin lega. Pedulikan kelas dan sebagainya. Aku sangat perlukan ketenangan ini sekarang. 


Ya, jauh ke depan aku meninjau perjalanan hidup. Mahu tidak mahu perlu aku teruskan. Tiada pilihan lain kerana ini yang aku mahukan. Biar pun ia pedih, sakit, dan perit. Namun semua itu seperti tiada apa bagi aku. Sudah aku belajar apa itu erti sabar. Insyallah, akan aku bertahan semampu yang mungkin. Akan aku tunggu selama yang mungkin. Akan aku sayang sebanyak yang mungkin. Kerana ini adalah pilihan aku.

Thursday, March 29, 2012

Sakit

Sakit... ya.. Ia sangat sakit sebenarnya. Tak perlu aku ekspresikan. Bersabar selagi mampu.. Hanya ini pilihan aku ada. Hati menjadi keras. Sekeras kayu yang mampu menjadi pasak bumi. Tiada berperasaan lagi. Entah sampai bila ia akan berterusan. Oh tuhan, tolong aku. Aku perlukan petanda dari kau wahai tuhan. Aku sangat perlukannya.





Saturday, March 17, 2012

Stargate AudioShow

Salam. yo guys! Jumaat lepas aku ada join satu Autoshow yang berlangsung dekat Tesco Stargate Alor Setar Kedah. Pada mulanya kawan aku yang ajak join dan aku ingat saja pergi lepak tengok 'audioshow' je. Sampainya dekat sana sekali kena 'motoshow'. Lepas park moto n pamer aku pon melilau sambil menikmati alunan muzik tebabOm yang nk pecahkan saraf deria bunyi aku. haha!







Yang sihat ni Wan dan yang sebelah tu Niki


dari kir Eric, Along, aku dan Niki