Tuesday, July 03, 2012

Alahai Rumput


Aku lah si rumput. Yang tumbuh menghijau mendamaikan mata sesiapa yang melihat aku. Aku hanya kecil. Tempat aku hanya di atas tanah. Jarang aku berada di atas. Mustahil lah di langit membiru.


Aku lah si rumput. Sering dipijak dan dipijak. Mati aku seketika namum tumbuh semula untuk mereka. Kasihani aku. Jangan pijak aku lagi. Aku mahu terus hidup. Aku merayu. Berilah aku peluang seperti yang lain.


Aku lah si rumput. Hidup aku untuk gembirakan orang. Orang tidur atas aku. Orang kesatkan kotoran atas aku. Orang tanam aku di mana mereka mahu. Orang juga cabut dan buang aku sesuka hati mereka.


Aku lah si rumput. Aku juga punyai perasaan. Jaga lah juga hati aku ini walau tidak seberapa. Kerna, sesakit mana hati aku ini, aku tetap terus ada untuk kalian. Pastikan aku sentiasa ada untuk kalian. Sesudah aku tiada, pasti kalian akan susah. Percayalah!

Kampung Wang Bintong, Perlis

No comments:

Post a Comment