Thursday, March 29, 2012

Sakit

Sakit... ya.. Ia sangat sakit sebenarnya. Tak perlu aku ekspresikan. Bersabar selagi mampu.. Hanya ini pilihan aku ada. Hati menjadi keras. Sekeras kayu yang mampu menjadi pasak bumi. Tiada berperasaan lagi. Entah sampai bila ia akan berterusan. Oh tuhan, tolong aku. Aku perlukan petanda dari kau wahai tuhan. Aku sangat perlukannya.





Saturday, March 17, 2012

Stargate AudioShow

Salam. yo guys! Jumaat lepas aku ada join satu Autoshow yang berlangsung dekat Tesco Stargate Alor Setar Kedah. Pada mulanya kawan aku yang ajak join dan aku ingat saja pergi lepak tengok 'audioshow' je. Sampainya dekat sana sekali kena 'motoshow'. Lepas park moto n pamer aku pon melilau sambil menikmati alunan muzik tebabOm yang nk pecahkan saraf deria bunyi aku. haha!







Yang sihat ni Wan dan yang sebelah tu Niki


dari kir Eric, Along, aku dan Niki

           

Sunday, March 11, 2012

Dia Sudah Sebegitu

Hiruk pikuk kota aku tinggalkan. Kembali pulang ke kampung halaman. Suasana sunyi tenang dan damai yang aku rindui kini kembali. Sungguh aku sayang akan tempat ini. Di sini segala nya tentang aku tersaksi. Dari aku mula menyedut udara hingga ke hari ini, di sini lah segalanya tentang aku. Walau tidak sebangun seberang sana, namun bagi aku di sini adalah yang terbaik.

Hari demi hari berlalu. Bermula kehidupan aku sebagai sang pencari ilmu. Masih mamai mengamati zon selesa. Belum ada rasa berat ingin menjadi sanga dahaga akan ilmu dan pengalaman. Masih awal rasanya. Sudah sebegitu diri aku. Semuanya pada akhir waktu. Segala pecutan akan aku berikan.



Dunia disini sekadar sederhana. Bersyukur sahaja dengan apa yang masih ada untuk aku guna dan nikmati. Ini yang terbaik aku ada. Namun jauh dalam sudut hati, masih meronta mahu akan sesuatu yang lebih baik. Kenangan lalu makin diimbau. Betapa mewah nya ia. Semua nya hanya permata dan intan. Untuk mahu akan sesuatu hanya perlu lemparkan hasrat. Tertunai segala permintaan hati.

Tiada lagi semua itu. Hanya tinggal kenangan dan ingatan yang masih segar. Membuatkan bibir tersenyum. Mengeluh aku di sudut jendela. Membayangkan kehidupan yang mendatang. Masih beribu persoalan yang belom terjawab. Mengharapkan semua berjalan dengan baik. Berdoa semoga sang MAHA BERKUASA menberikan yang terbaik. Insyallah...





bosan duduk atas seat. try duduk atas tank. teringat time kecik dulu, abah salu letak aku dalam bakul moto masa nk pergi rumah atok.. :')

Saturday, March 10, 2012

Apakah petanda ini ?

Segala marah, sedih, benci, tangis dan tawa aku tadahkan. Tiada pernah aku penat walau beribu kali aku terima.
Walau apa pon yang dilakukan. Dengan senyuman aku menyambut semua itu. Demi kepuasan hati mereka disekeliling.

Tapi bagaimana pula aku ? Bila aku sedang sedih siapa yang hadir memberi bahu ? Ketika aku sedang menangis, siapa yang datang memberi aku walau sehelai tisu ? Ketika aku marah, siapa yang datang mennyejukkan aku ? Ya, hanya ketika aku gembira ramai yang ada untuk saat itu.

Oh tuhan, sungguh aku penat untuk semua ini. Hidup aku hanya untuk memuaskan hati hati mereka. Tiada aku pernah berkira walau apa pun. Asalkan ada senyuman di wajah mereka.

Oh tuhan, hati kecil aku menangis. Menangis meronta untuk difahami. Menangis meronta untuk dipujuk. Menangis meronta untuk disirami dengan penghargaan.

Oh tuhan, tiada satu jua pun yang pernah melihat atau mengambil berat atas setiap titisan air mata aku yang mengalir keluar dari mata ini. Berseorangan aku duduk disuatu sudut menangisi setiap derita yang aku alami. Seorang diri tanpa ada siapa yang tahu.

Oh tuhan, mengapa aku sentiasa mengukir senyuman di khalayak. Tiada pernah aku bersedih pabila semua ada bersama. Hilai tawa dan gurauan aku menjadi penghibur mereka. Sindiran mereka terhadap aku menceriakan sesuana sekitar. Sedang jauh dalam sudut hati aku, aku sedang menangis.



Terasa sayu malam ini. Hati aku sedih secara tiba-tiba. Mata aku pejam untuk menenangkan hati. Namun dia berterusan berkata yang sesuatu yang tidak baik. Aku mohon petunjuk mu tuhan. Adakah ini suatu petanda ?
Aku menunggu dengan penuh gusar dan tanda tanya. Hanya terbayang dia yang jauh dari aku. Berfikir akan dia. risau akan dia.

Sungguh kuat perasaan ini. Masih menjadi tanda tanya. Apakah semua ini Tuhan ?
Aku hanya berdoa agar semua hanya menjadi baik sahaja. Walau hati ku sedang gusar. Masih aku disini melayan diri seorang diri. Tiada siapa mahu menjadi peneman aku. Cukup sekadar ambil tahu tak perlu lebih. Ini lah kehidupan. Walua kita cuba menjadi seorang yang mengambil berat. Belom tentu ada yang mampu melakukan perkara yang sama untuk kita. Aku masih mengharap suatu hari nanti ada yang hadir untuk mengambil hati ini untuk dipelihara. Kepada Mu ya Allah aku berserah.. 



*hati aku terasa aneh. Sangat xsedap hati. Aku rasa sedih, takut dan seperti mahu menangis. Sangat memerlukan seseorang sekarang. :(

Friday, March 09, 2012

'Benar' Kau 'Terjah' Aku

Bismillahirrahmanirrahim...

Hidup ini adakala indah adakala menyakitkan. Seharian aku sentiasa penuh dengan sesuatu yang positif dan ceria. Tidak pernah aku untuk mengangu kehidupan orang disekeliling aku. Suatu hari aku ditegur seorang rakan dari laman web muka buku. Katanya ada gambar aku bersama seorang gadis diletakkan dalam sebuah blog. Blog siapa ? satu-satunya blog yang masih lagi bercerita pasal aku.


DEMIT!! Aku ingat setelah lama menyepi dia sudah berhenti bercerita pasal aku. Pada entrynya yang sebelum ini banyak pasal aku diceritakan. Entry- entry yang dia masukkan semuanya mahu menunjukkan betapa sayangnya dia pada aku. Wah2!! konon aku la jahat sebab tinggalkan dia untuk perempuan lain. Hey you!!! grow up please!!! tak payah la nk burukkan aku dalam blog kau tu!! Cerita mengarut bagai! Geram betul aku!!

For your infromation, aku tinggalkan kau sebab perangai kau yang tak rasional tu. Pemikiran kau tu langsung tak terbuka. Sungguh pon kau tu asal dari bandar, tapi kalau hanya duduk dalam tu ja tak bercampur orang sama ja pemikiran kau tu dengan orang- orang kampung. Berkawan pon dengan orang- orang yang kat situ ja. Tak payah la nak cakap aku ni duduk kawasan kampung pemikiran aku kolot. Walhal kau tu lagi kolot. Kau tu ja tka sedar. Tingkah laku dan perangai kau tu sama ja. JUMUT!!!


Patut la kau tu tak ramai kawan. Tak dak sapa pon nak kawan dengan hang tu. Selalu sangat berperasangka buruk terhadap orang. Bercakap buruk pasal orang. Agaknya mereka yang kawan dengan ang tu kesian kat ang kot. Tengok ang tak dak kawan. Dok sensorang. Kesian kat aku. Suatu masa dulu sebab asik ikut kehendak ang sampai aku sendiri kena pulau dengan kawan kawan. Ikut ja ke mana hang nak pergi. Apa hang nak buat. Semua dalam hidup aku hanya pasal hang. Walau keluarga aku sendiri aku ketepikan sebab hang. 


Hey PEREMPUAN!!
Hang sedar tak selama aku sayang hang aku telah berkorban macam2 untuk hang ? Kangar - Penang tu dah macam sebelah rumah aku ja. Bila ada masa sampai ja aku dekat rumah hang tue. Naik moto pulak tue. Sorang2. Duit pon lom tentu ada. Tapi aku tak kisah. Sebab sayang hang. Tapi ada ke hang hargai aku ????



Aku ni bukan anak orang kaya pon. Mak bapak aku bukan jutawan. Tapi setiap minggu aku akan usaha cari duit nak bawak hang kuar. Aku terpaksa ikat perut semata2 nk jimat duit untuk hang. Aku makan sehari sekali ja masa aku dekat kolej dulu. Sebab pe ? Sebab nak bawak hang kuar makan. Hang pernah taw ka pasal ni ? Ya.. aku akui hang bukan la kikis aku pon. Hang pon belanja aku makan jugak kadang2. Tapi apa yang aku nak cakap kat sini adalah pasal APPRECIATE!!! Hang hargai ka aku ????

Tak daknya hang nak hargai aku. Hang selalu wat fitnah pasal aku sana sini. Hang tuduh aku bukan2. Cakap aku tu ini. Ya, hang cemburu teruk sangat. Habis semua rakan - rakan kelas aku tak mau kawan dengan aku lagi. Semua takot kat hang. Tak kesian ka kat aku ? Hang taw tak aku malu dengan tindakan hang p serang kawan2 perempuan aku. Malu la sikit oi. Jaga maruah sebagai perempuan. Aku bukan suami hang lagi pon hang nak buat camtu. Aku pon ada hidup aku sendiri. Aku pon nak berkawan macam orang lain. Aku tak pernah kacai hidup hang pon. Hang ja buat cerita bagai. MULUT PUTAQ ALAM!!!

Tuhan tu Maha berkuasa. Setelah 4 tahun akhirnya aku dah tak mampu nak ikut cara hang tu. Aku decide break dengan hang. KEJUTAN!!!!
Tindakan hang selepas itu sangat lah memalukan diri hang sendiri. Habis semua kawan2 aku kau bercerita pasal aku. Konon nk tunjuk kau tu MULIA la sangat. Family aku pon cakap aku jahat sebab mulut hang tue. Kawan2 aku pon hang racun habis. GILA BETOI!!!
Banyak lagi kot benda lain hang boleh buat dari dok cerita buruk pasal aku sana sini. Wat dosa hang ja. Esok kat akhirat mai mintak maaf kat aku na. mai sujud cium kaki aku.
HAHAHAH!!

Yang paling best!!! hehe..
Entry blog hang yang latest... wahHHh!!! Rupanya STALKER TERHEBAT KAU NI YAA!!!
Tulis dalam blog bukan men lagi. HALAU STALKER JANGAN TENGOK BLOG DIA!! tapi diri sendiri tu STALKER TERHEBAT!!! hahAaAHahHA!!

Aku ada upload pic aku bersama seorang rakan baik aku. TIme tu kami saja nk test camera. So aku upload la pic tu dalam FACEBOOK!!
Xsampai bapa jam tengOk2 dia dah letak dalam blog dia beb!! wahHhh!! cepat!! pantas!!! 
hebat kau ni yaaaa.... pantas betul buat kerja!! haha

*nampak sangat xdak kerja nak pikiaq. dalam pala otak dok pikiaq bnda sama. JUMUT!!!

nah!! ni amik tgk nih!!!


Entry Semasa tajuknya, ' Benar '












Tiba-tiba dia tukar entry baru.. tajuk  ' Terjah ' pulak..


























JANGAN INGT KAU HEBAT!
AKU PON HEBAT DAN PANTAS!!
JANGAN NAK MAIN API DENGAN AKU!
SEBAB AKU ADA PETROL DAN MANCIS!

Thursday, March 08, 2012

Datang, Singgah Dan Pergi

Mereka datang dan mereka pergi. Mereka singgah dan mereka ambil apa yang perlu. Aku terus jadi aku. Masih begini dan terus begini. Ikhlas.. redha.. Pasrah. Tiada guna aku tangisi. Ini hanyalah salah satu perjalanan hidup aku yang aku perlu lalui. Rela tanpa aku rela aku perlu juga terus melangkah. Tiada guna aku toleh ke belakang. Cukup sekadar aku lihat dari sisi supaya beringat. Adakala aku berfikir, mungkin takdir hidup ku sudah sebegini. Sentiasa berkorban untuk membahagiakan, bukan untuk merasa bahagia. Sehingga kini aku bertanya, apakah itu yang mereka paham tentang cinta ? Apa itu cinta sebenarnya ? Sungguh aku tidak tahu. Tidak juga aku mahu mengerti apa itu cinta. Cinta itu  tiada kekal pada aku. Hanya bersifat sementara pabila semua nya sedang indah belaka. Tiada aku percaya pada cinta itu. Apa lagi jika ia cinta kepada manusia. Cinta yang kekal abadi hanya milik Allah. Yakin aku  cinta pada Nya. Kerana Dia tiada pernah benci pada hambanya. Tidak pada manusia. Sentiasa ada yang curiga. Aku masih aku. Masih mencari dan mencari. Sehari - hari aku memperbaiki diri untuk menjadi lebih baik. Supaya disenangi diri, keluarga, rakan - rakan dan semua. Tiada aku mengharap dan memperhambakan diri pada cinta. Cuma aku menjadi insan yang sentiasa ada pabila ada yang memerlukan. Tiada mahu aku bercinta. Jika hati ini meronta mahu, aku akan simpan. Ya, mustahil. Namun akan aku cuba. Tiada pernah yang hadir menerima aku seadanya. Meraka mahu aku berubah seperti yang mereka mahukan. Supaya aku menjadi seperti mereka inginkan. Aku pula sentiasa menerima mereka seadanya. Walau hati aku terpaksa menelan pahit dan duri. Tiada pernah aku merungut. Cuma raut wajah aku akan menceritakan segala. Namun jauh dalam hati aku hanya akan menerima diri mereka seperti mana mereka yang sebenar. Tidak mengapa. Walau tidak adil bagi aku, aku bersyukur. Kerana masih ada yang sayangkan diri ini. Tiada aku minta lebih. Cuma, hargai diri aku seperti mana aku menghargai. Itu sudah cukup untuk menghalang aku berpaling atau berubah hati..