Saturday, January 28, 2012

Semut, panjatlah aku...

Tanpa duga. Aku datang. Datang dekat pada kamu. Sudah berniat untuk dekat. Supaya aku dapat jaga kamu. Seperti yang aku selalu lakukan walau jarak yang memisahkan. Waktu, jarak, dan keringat yang menentukan titik noktah perjalanan ini. Jauh. Sungguh jauh jarak ini memisahkan. Peluang ini tidak datang berkali. Walau aku tahu banyak duri dan kaca akan aku pijak untuk dekat dengan kamu.  Aku pejamkan mata tebalkan telinga. Semua itu tiada satu pon mampu mengubah pendirian aku.

Ya, masa dan jarak sekali lagi berlumba bersama. Aku menunggu. Menunggu masa itu. Bila kau sudah bebas. Bebas seperti sang merpati putih yang dilepaskan dari sangkar besi.  Hanya ini tujuan aku merantau jauh. Tiada yang lain. Aku mahu melihat, mendengar dan merasa semuanya tentang kamu. Sudah lama aku tunggu. Sudah berkali aku meronta. Sudah berpurnama aku mengira. Ini lah saat dan ketika.

Seperti pungguk meratapi sang bulan. Seperti si helang menyengguk di laut. Malam di kota yang tiada pernah sunyi. Malam di kota yang penuh dengan warna kehidupan. Kiri dan kanan aku yang asing. Kerisauan memeluk diri. Lantas kau aku talikan bersama gelombang. Tekejut, Terdiam tiada percaya. Menunggu aku di situ. Seperti si ibu menunggu si Tanggang. Penuh harapan. Penuh cita-cita. Penuh dengan kasih sayang.

Jantung laju berdegup. Gementar, sedih rindu hadir bersama. Perasaan tidak mahu kehilangan semakin membuak. Lalu pipi kamu aku sentuh. Menangis dalam hati aku bila melihat kamu begitu. Cuba aku menipu supaya tiada air mata yang mengalir. Aku hanya mahu kamu lupakan segala. Lalu tangan kamu aku sentuh perlahan dan lembut. Ya, aku salah. Aku sedar akan perbuatan aku ini. Namun aku tidak juga mampu membiarkan kamu sedih. Sungguh aku tidak sanggup. Aku mahu kamu ada dalam pelukan aku. Menangis lah kamu dalam aku sepuasnya. Aku akan sentiasa ada bila kamu memerlukan.

Seperti sang bintang mengelilingi si bulan. Malam yang cerah membawa angin sejuk. Wajah kamu masih seperti sedia dahulu yang aku tatap. Penuh dengan kecerian. Senyum yang penuh dengan lonjakan gembira. Namun aku tahu. Jauh dalam lubuk hati kamu sedang menangis. Keperitan hidup yang kamu lalui memecahkan empangan air mata. Aku datang untuk kesat dan lupakan segala kesedihan kamu. Akan aku lakukan apa saja untuk kamu gembira. Akan aku korbankan apa saja asalkan ada senyuman pada muka kamu itu. Tiada aku peduli kepentingan aku lagi. Tiada penting diri aku lagi. Sesugguhnya betapa kamu aku sayang. Tiada pernah aku menjaga sebaik ini. Tiada pernah aku membelai selembut ini. Tiada juga pernah aku merasa sedih seperti bila aku meninggalkan kamu. 

Cuma... kamu bukan hak milik aku... 

27/1/2012
Moment that I wont forger forever. Thanks for everything. Only one in a thounsand stars. Only one I cared that much. 

No comments:

Post a Comment