Tuesday, January 31, 2012

Tiada Aku Berniat

Kegusaran dan kerisauan mula memenuhi ruang jiwa aku. Aku merasakan sesuatu yang tidak perlu berlaku dari terus berlaku. Pilihan harus dibuat. Aku buntu. Apa yang perlu aku lakukan ? Apa yang sebaiknya untuk aku pilih untuk bertindak. 


Dilemma dilemma dan terus dihimpit dilemma.

Aku masih sayangkan yang di sana. Walau yang di sana adalah hak milik yang lain. Aku juga sayang kan yang itu. Yang itu sentiasa kagumi dan sayangi aku. Sentiasa meletakkan aku menjadi perkara utama dalam hidupnya. Semua yang dia lakukan akan ada aku bersama. Dia berubah demi aku. Menjadi seorang yang baik demi aku.

Aku.. dan aku dan aku..

 Masih begini dan terus begini. Masih angau, mengharapkan kasih dan sayang dari yang itu. Walau adakalanya aku pasti tiada akan berlaku seperti itu. Namun aku setia menunggu dan memberi harapan. Apalah nasib aku ini. Yang menunggu aku tinggalkan, yang aku tunggu aku kejar ke sana dan ke mari.
Tiada petunjuk yang dapat aku guna untuk membantu. Hanya kata hati dan naluri aku turuti
Malam ini aku telah hancurkan hatinya. Sungguh aku tidak berniat untuk begitu. Aku hanya tidak mahu yang itu kecewa dan kecewa terus kecewa. Adalah lebih baik aku berkata benar dan bercerita tulus. Aku kagum. Sungguh aku bertindak kejam, yang itu hanya menerima ia dengan baik. Tiada juga marah. Tiada juga kebencian yang itu lemparkan kepada aku. Semua disembunyikan. Sedangkan aku tahu hakikat sebenar hati seorang insan yang hanyut menyintai. Aku cuba memperbaiki keadaan. Cuba untuk mengetahui isi hati sebenar yang itu. Namun masih rapat yang itu sembunyikan dibelakang hijab. Tiada juga mampu aku selak. Rasa bersalah terus disimbah. Adakah aku bertindak betul ? Mengapakah aku melakukan sedemikian ? Sampai bila aku harus begini ? Berapa banyak hati akan aku guris lagi ?  

Aku buntu.. buntu dan masih buntu...

Manakah jalan itu. Bawalah aku pergi. Pergi ke suatu tempat yang dapat aku tenangkan diri dan rasional kan diri aku ini. Maafkan aku. Maafkan aku. Maafkan aku. Aku tak mampu untuk buka hati aku lagi. Pintu nya masih aku tutup rapat. Terkunci baik di situ. Kunci nya pula ada pada yang sana. Sampai bila kah kunci ini akan bertahan ? Aku sendiri tidak pasti. Dan selagi ia berkunci, semakin banyak hati akan aku hancurkan...



No comments:

Post a Comment