Sunday, November 27, 2011

Salam Maal Hijrah 1433

Maka berlalu sudah setahun. Lembaran baru dihamparkan. Skrip baru ditaip. Layar dibentang. Buku dibuka. Benih disemai.

Masa berlalu begitu pantas. Tanpa sedar ia berlalu pergi. Pergi tanpa beritahu. Pandangan beralih makin jauh kehadapan. Banyak duri dan kaca perlu aku pijak. Berdarah, luka, sakit aku perlu tempuhi. Moga masa depan akan jadi lebih baik dan yang itu lalu menjadi guru. 

Erti hidup makin diketahui. Manusia sekeliling makin aku kenali. Sifat diri aku sudah selami. Insyallah, diharapkan tahun yang baru bersama azam baru mengorak langkah menjadikan diri ini insan. Bukan lagi manusia yang hidup merempat di muka bumi milik tuhan ini.

 Kewajipan harus terlaksana dengan hati terbuka. Tanggungjawab harus dipukul dengan amanah.

 Salam Maal Hijrah... 




3 comments:

  1. i da bagi makan ikan u malam ni..=)

    ReplyDelete
  2. dunia ini umpana lautan yang luas. kita adalah kapal yang belayar di lautan. telah ramai kapal karam didalamnya… andai muatan kita adalah iman, dan layarnya takwa, nescaya kita akan selamat dari tersesat di lautan hidup ini.

    so hijrah dalam ertikata sebenarnya merubah kepada lebih baik lagi./. hari ini lebih baik dari semalam dan tahun ini lebih baik dari tahun lepas...

    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    Story terbaru blog kami...
    Convert Enjin Daihatsu YRV

    ReplyDelete